Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Hanya beberapa bulan selepas dilancarkan di China, model Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman. Pelancaran ini diikuti oleh pengumuman bahawa model sedan elektrik mampu milik, Xpeng Mona M03, turut akan memasuki pasaran Eropah tahun hadapan.
Ciri Mekanikal Xpeng P7 Di Pasaran Eropah
Pasaran Eropah akan menerima dua pilihan bateri sama seperti di China. Varian asas menggunakan bateri LFP berkapasiti 74.9 kWj yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 702 km mengikut piawaian WLTP, digerakkan oleh motor tunggal dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) menghasilkan kuasa 362 hp (270 kW).
Versi dengan bateri lebih besar 92.2 kWj, jenis NMC pula digunakan untuk varian RWD serta varian dengan spesifikasi tertinggi, pacuan dwi-motor AWD. Varian RWD mampu menempuh jarak hingga 820 km manakala varian AWD pula tampil lebih berkuasa, cecah 586 hp (437 kW) dengan jarak pemanduan 750 km, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat.
Seperti model China, versi Eropah turut menampilkan teknologi pengecasan pantas 5C melalui binaan elektrikal berprestasi tinggi SEPA 2.0 800 volt. Walaupun angka kuasa pengecasan spesifik tidak didedahkan, Xpeng mendakwa hanya dengan pengecasan selama 10 minit boleh memberi jarak pemanduan sehingga 436 km.
Rekaan & Ciri Premium Yang Menawan



Dari segi rekaan, P7 pasaran Eropah mengekalkan gaya fastback empat pintu yang aerodinamik dengan sudut-sudut ‘tajam’ dan garis badan yang elegan seperti versi asal. Walau bagaimanapun, varian eksklusif ‘Wing Edition’ dengan pintu bukaan ‘gunting’ (scissor-style door) dikatakan tidak akan ditawarkan di Eropah.
Baca: Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang




Di dalam kabin, P7 dilengkapi pelbagai ciri moden termasuk papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD) 87 inci, meter digital di sebalik stereng sport tiga jejari dan skrin infotainmen utama bersaiz 15.6 inci. Ciri menarik lain termasuk tempat duduk gaya bucket dengan penyokong sisi jenis aktif (active side bolsters), lampu ambien pelbagai warna, bumbung kaca panoramik dan banyak lagi.
Rancangan Lain Xpeng Di Eropah

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xpeng, He Xiaopeng, mengesahkan Mona M03 akan dilancarkan di Eropah tahun depan. Sedan elektrik yang lebih mampu milik ini menggunakan bateri 62.2 kWj dan motor pacuan hadapan (FWD) menghasilkan 215 hp (160 kW), mampu menempuh jarak hingga 600 km (CLTC).
Sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan tarif EU ke atas kenderaan China, Xpeng turut mempertimbangkan untuk melakukan pemasangan tempatan di Eropah. Ini bukan sahaja mempermudah pengedaran kenderaan, malah mengukuhkan posisi Xpeng di pasaran yang semakin kompetitif.
Potensi Tembusi Pasaran Lain Termasuk Malaysia



Dengan pengesahan kehadiran dua model iaitu P7 dan Mona M03 sebagai produk global Xpeng, besar kemungkinan model sedan EV ini akan diperkenalkan di pasaran lain termasuk Malaysia. Namun, versi pemanduan sebelah kanan (RHD) masih belum diumumkan, tetapi dengan kelajuan kemajuan industri EV China, tidak mustahil ia akan tiba tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

