- Berita
- Berita Auto
- 47 Kereta Mewah Dari Singapura Dirampas, Rupanya Sebab Dapat Permintaan Tinggi Daripada Orang Malaysia
47 Kereta Mewah Dari Singapura Dirampas, Rupanya Sebab Dapat Permintaan Tinggi Daripada Orang Malaysia
.jpg)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 47 kenderaan mewah pelbagai jenis dan jenama yang dibawa masuk dari Singapura tanpa cukai dan dokumen sah bernilai lebih RM6.2 juta termasuk cukai sejak Januari hingga 16 Oktober lalu
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata rampasan di Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur itu membabitkan kenderaan diletakkan di tempat letak kereta awam serta kondominium sebelum dipercayai akan diedarkan kepada pelanggan.
"Antara kenderaan dirampas, Volkswagen Beetle, Volvo S80, BMW 325i, Maserati Ghibli, Honda Jazz, Toyota Vellfire dan Mercedes Benz yang bernilai antara RM50,000 hingga RM185,000.
"Sindiket penyeludupan kereta ini juga menawarkan jualan kenderaan pada harga potongan antara 35 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran bagi menarik minat pembeli tempatan," katanya
Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia yang mendorong individu tertentu membawa masuk kenderaan berkenaan bagi memenuhi kehendak pengguna.
Sehubungan itu, orang ramai tidak disarankan membeli kereta Singapura yang tidak mempunyai dokumen sah kerana jika disabitkan kesalahan,anda boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat