ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(3).jpg


Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China. 


Acara dengan tema "Co-Create, Co-Define: The New Move" ini telah menggariskan strategi pelbagai jenama Chery yang bertujuan memenuhi keperluan pengguna Malaysia daripada pelbagai segmen secara menyeluruh. 


Sidang kemuncak itu berjaya menghimpunkan lebih 2,000 wakil dari lebih 100 negara, sekali gus membuktikan jejak global Chery yang kian meluas. Bagi Chery Corporate Malaysia, ini merupakan detik penting dalam usaha untuk menyelaraskan inovasi global dengan pemahaman mendalam tentang pasaran tempatan.


SUV Tujuh Tempat Duduk 'Boleh Ubah' Pertama Dunia Diperkenalkan


Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(4).jpg


Kemuncak utama acara ini adalah kemunculan sulung “Transformable Multi-SUV,” model tujuh tempat duduk yang pertama di dunia semasa “Brand Night.” SUV serba boleh ini dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada lebih 40,000 pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ia benar-benar melambangkan falsafah penciptaan bersama atau co-creation Chery.


Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(9).jpg


Timbalan Pengurus Besar Eksekutif, Zheng Songzhi, menyifatkannya sebagai "manifestasi fizikal visi Chery untuk mencipta dan mentakrifkan bersama." Susunan ‘6=1’ yang eksklusif menawarkan enam konfigurasi kabin serbaguna, menyatukan fungsi dan praktikaliti bagi memenuhi keperluan keluarga moden.


Omoda & Jaecoo Pecah Rekod, Tumpuan Kepada EV


Omoda dan Jaecoo juga meraikan pencapaian cemerlang dengan mencatatkan jualan global sebanyak 32,840 unit pada September 2025, peningkatan 39% tahun ke tahun yang membawa jumlah jualan terkumpul melebihi 630,000 unit. Pertumbuhan sihat direkodkan di pasaran Eropah, Asia Tenggara dan Amerika, di mana kenderaan tenaga baharu (NEV) membentuk lebih separuh daripada keseluruhan jualan.


Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(7).jpgChery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(8).jpg


Inovasi kedua-dua jenama ini diserlahkan dengan pengenalan Omoda 9 SHS, yang menampilkan teknologi hibrid pacuan semua roda (AWD) empat motor, selain kejayaan dalam sistem hibrid dan bateri keadaan pepejal (solid-state battery) yang mampu mencapai kecekapan terma enjin sebanyak 48%. Robot Mojia yang dibangunkan oleh AiMOGA juga dipamerkan, mencerminkan tumpuan Omoda dan Jaecoo terhadap mobiliti pintar dan lestari.


iCaur dan Lepas: Pilihan Elektrik Premium Baharu


Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(12).jpgChery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(13).jpg


Dengan gaya kreatif tersendiri, jenama iCaur melancarkan visi “New Classics” untuk kenderaan elektrik. Rekaannya menyatukan gaya klasik yang sentiasa relevan dengan sentuhan moden, membekalkan EV yang dapat disesuaikan mengikut citarasa melalui sistem personalisasi lengkap dengan alat ganti dan aksesori eksklusif. Di Malaysia, iCaur menjadi pilihan alternatif yang lebih bergaya dan unik dalam pasaran kenderaan elektrik.


web_MA_WhatsApp_Lepas-L6-CSH_-19-full.jpgweb_MA_WhatsApp_Lepas-L6-CSH_-9-full.jpg


Melengkapkan pameran ialah Lepas, jenama premium terbaru Chery. Lepas memperkenalkan falsafah "Elegant Technology" dan “Elegant Lifestyle House” yang pertama iaitu ruang runcit yang direka untuk ‘menghidupkan dunia’ jenama tersebut. Dibina di atas platform tiga-elektrik baharu, model-model Lepas menggabungkan prestasi mantap, ketersambungan pintar dan keselamatan canggih.


Jenama Lepas dijadualkan untuk memasuki pasaran Malaysia pada separuh pertama tahun 2026, dengan rancangan untuk melancarkan lapan model dalam tempoh tiga tahun. 


Malaysia Nadi Strategi Global Chery


Chery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(3).jpgChery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(2).jpgChery-Int-User-Summkt-2025-Caricarz--(1).jpg


Bagi Chery Corporate Malaysia, sidang kemuncak itu merupakan satu kenyataan arah tuju yang jelas. Presiden Eksekutif Kanan, Men Lin Bo, berkata acara ini mencerminkan peralihan syarikat ke arah penyedia penyelesaian mobiliti menyeluruh. 


Beliau menambah bahawa peranan aktif pengguna dan rakan kongsi Malaysia memastikan setiap produk yang diperkenalkan sesuai dengan jangkaan dan gaya hidup tempatan. Sidang kemuncak Wuhu menegaskan kepentingan Malaysia dalam strategi global Chery dan menzahirkan evolusi syarikat ke arah inovasi, penciptaan bersama dan mobiliti pintar yang dibina bersama pengguna.

Baca: Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Baca: Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3490

SELANGOR

BSV4164

JOHOR

JJ3324J

PULAU PINANG

PSH6951

PERAK

APN3497

PAHANG

CFJ5121

KEDAH

KGK395

NEGERI SEMBILAN

NEM7309

KOTA KINABALU

SJV3892

KUCHING

QAB1400Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
500 Unit CKD Jaecoo J7 AWD Diserahkan Kepada Pengedar Seluruh Malaysia

500 Unit CKD Jaecoo J7 AWD Diserahkan Kepada Pengedar Seluruh Malaysia

Kurang daripada sebulan selepas pelancarannya, 500 unit pertama SUV mewah Jaecoo J7 telah diserahkan kepada pengedar di seluruh negara.

13-08-2024
Berita Auto
Kerjasama Chery, Projek Belia Mahir – Asah Kemahiran Belia Dalam Sektor Automotif, Peluang Kerja Dengan Chery

Kerjasama Chery, Projek Belia Mahir – Asah Kemahiran Belia Dalam Sektor Automotif, Peluang Kerja Dengan Chery

Chery Corporate Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Projek Belia Mahir.

24-07-2024
Berita Auto
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat  China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.

18-11-2026
Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Berita Auto
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Gaya Hidup
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026
Berita Auto
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.