ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah  hadapan di  Pusat Ujian Longshan, China, baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada Ultimate Safety Exploration Tour, syarikat itu mengadakan demonstrasi dengan melakukan perlanggaran pada sudut 15 darjah di hadapan orang ramai dan wakil media. 

image.png

Ia bertujuan  untuk membuktikan sejauh mana kejuruteraan Chery telah berkembang apabila berdepan dengan salah satu senario perlanggaran paling mencabar dalam industri automotif.

Ujian small-overlap ini terkenal kerana tahap kesukarannya yang ekstrem. Tidak seperti perlanggaran hadapan biasa, hentakan kali ini mengelak daripada rangka utama dan mengenai bahagian yang lebih lemah pada kenderaan, menyebabkan struktur terdedah kepada tekanan lenturan dan kilasan yang tinggi. 

Dalam ujian ini, kedua-dua kenderaan dipacu pada kelajuan 50 km/j sebelum dirempuh sesama sendiri iaitu  bersamaan dengan sebuah kereta yang melanggar dinding pejal pada kelajuan sekitar 100 km/j.

image.pngimage.png

Meskipun kesannya sangat kuat, kedua-dua unit Tiggo 9 mengekalkan bentuk asalnya dengan baik.

Ruang penumpang berada dalam keadaan baik   tanpa sebarang herotan pada tiang A, B, atau C. Semua beg udara, termasuk beg udara lutut dan tirai sisi, berfungsi tepat seperti yang direka, manakala penegang tali pinggang keledar (pre-tensioner) diaktifkan serta-merta.

Sistem bahan api kekal tertutup rapat, dan keempat-empat pintu masih boleh dibuka selepas perlanggaran, memudahkan akses segera sekiranya ini merupakan kemalangan sebenar.

Malah, lampu kecemasan diaktifkan secara automatik untuk memberi amaran kepada lalu lintas berhampiran.

Ujian  ini merupakan kemuncak kepada siri jelajah keselamatan Chery untuk membuktikan bahawa tuntutan keselamatan jenama ini berasaskan kepada hasil dunia sebenar, bukan sekadar data makmal.

image.png

Ketua jurutera Chery, Xu Youzhong, menjelaskan bahawa demonstrasi ini bertujuan untuk meniru situasi yang boleh berlaku dalam pemanduan harian.

“Pada sudut perlanggaran seperti itu, rasuk hadapan sahaja tidak mampu menyerap keseluruhan daya hentaman,” katanya.

Dengan menggabungkan ujian makmal serta cabaran dunia sebenar yang ekstrem, Chery sedang membina pemahaman yang lebih menyeluruh tentang bagaimana kenderaannya bertindak balas dalam situasi yang tidak dapat dijangka.

Semua ini merupakan sebahagian daripada falsafah jenama tersebut iaitu “Safety, for Family” dimana ia merupakan satu peringatan bahawa setiap inovasi teknologi mempunyai satu tujuan utama: melindungi nyawa manusia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.