Dilancar: GAC Emkoo CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM123,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) akhirnya melancarkan GAC Emkoo CKD secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi
Untuk makluman, GAC Emkoo didatangkan dalam dua varian: Varian Premium RM123,800 manakala varian Premium Pro RM133,8000.
Untuk 500 pelanggan terawal, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM4,000, serta pakej aksesori percuma bernilai RM10,000. SUV ini juga datang dengan jaminan lima-tahun/150,000 km untuk kenderaan, serta jaminan tujuh-tahun/180,000 km untuk enjin dan sistem janaan.

Pembeli varian Premium turut menerima Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala pembeli Premium Pro pula dilengkapi dengan Vkool Security Tint untuk perlindungan tambahan.
Dari segi dimensi, Emkoo berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dengan jarak roda 2,750 mm – sebaris dengan SUV segmen-C lain seperti Kia Sportage, Hyundai Tucson, GWM Haval H6 HEV, dan Honda CR-V.
Melihat luarannya, GAC Emkoo kelihatan cukup menyerlah dengan gaya futuristik kerana SUV ultra-moden ini tampil unik dengan gril berbentuk V tanpa bingkai, direka bersatu dengan badan kereta.

Rekaan ini disempurnakan dengan sepasang lampu hadapan jenis LED yang dipanggil sebagai “Eyes of Revelation.” Sudut lain yang turut menyerlah adalah rekaan lampu belakang yang diberikan sentuhan ranggi, tersemat kemas pada sudut SUV yang bersegi.
Bahagian dalaman kokpit futuristik memberikan pengalaman terbaik kepada pemandu dengan Head-Up Display (HUD) yang memaparkan maklumat utama terus ke cermin hadapan, disokong oleh kluster instrumen digital LCD 10.25 inci serta sistem infotainment 10.1 inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto.

Selain itu, dengan kapasiti ruang but seluas 638 liter, ia boleh mencecah sehingga 1,586-liter dengan merebahkan kerusi belakang.
Future Styled SUV ini turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk pakej lengkap ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), dan sistem Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) eksklusif GAC, memastikan keselamatan, keyakinan serta ketenangan dan keselesaan dalam setiap perjalanan.


Mengenai trenkuasanya, ia dipasang dengan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan 270 Nm, kesemua kuasanya dihantar ke roda hadapan (FWD) menerusi kotak gear DCT basah 7-kelajuan.
GAC mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 8.8 saat, manakala kadar penggunaan bahan api hanya 6.6 liter/100 km.


Bagi yang berminat, ia hadir dengan lima pilihan warna iaitu Star Lake Green, Super Star Silver, Graphite Grey, Asphalt Black dan Frost White.
Untuk keterangan lanjut, layari www.gacmotor.com.my .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?
WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.
01-02-2024
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800
WTCA secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.
13-10-2024
GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang
GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).
18-08-2024
Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom
GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya.
15-05-2024
GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K
WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.
18-04-2024
Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!
WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...
31-01-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

