ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian iaitu Prime dan Premium dimana masing-masing dijual pada harga RM59,800 dan RM72,800.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, sempena pelancaran istimewa dengan rebat RM3,000, varian Premium dijual pada harga cuma RM69,800 manakala Prime pula hanya RM56,800. Namun harga dengan rebat ini hanya sah hingga 31 Disember 2025.

Lebih menarik ia hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan  selama enam tahun, waranti bateri dan komponen 8 tahun atau 160,000km

.image.png

Malah, Pro-Net turut menawarkan SPower Packs eksklusif bernilai sehingga RM 8,000 untuk pelanggan terawal iaitu pakej Power Xchange iaitu rebat  RM2,000 untuk pelupusan kenderaan lama yang tidak lagi layak di jalan raya, Power Online (Data Internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800), Power Financing  Pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% melalui Proton Commerce bernilai RM1,700, Power Home (Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500) dan Power Trade-in – Rebat tukar beli eksklusif melalui Carsome bernilai RM1,000.

image.png

Mengenai varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (79PS) dan tork 130Nm. Dengan bateri terbabit, ia mampu menawarkan pemanduan sejauh 225km (WLTP) dan kelajuan maksimum 125km/j.

Sementara itu, varian Premium menggunakan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 116PS dan 150Nm. Ia yang disumbat dengan bateri  LFP CATL berkapasiti  40.16kWj, memberikan jarak sehingga 325km (WLTP. Ia dan pecutan 0-100km/j dalam 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 135km/j.

Susun atur pacuan roda belakang bersama Global Traction Control System (G-TCS) pula memastikan kestabilan serta kawalan yang baik di pelbagai keadaan jalan.

Kedua-dua varian ini turut hadir dengan ruang frunk 70L, ruang simpanan bawah tempat duduk belakang 28L, ruang but antara 375L namun boleh dibesarkan kepada 1,320 liter sekiranya kerusi belakang direbahkan.

Menjengah luarannya, ia kelihatan montok dan comel kerana bentuknya yang bulat. Ia dipadankan dengan lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, rim dua tona bersaiz 16 inciserta kemasan hitam ala SUV pada bampar, skirt sisi dan lengkungan roda.

image.pngimage.pngimage.png

Mengenai kabin, yang penting ia hadir dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto, infotainmen  14.6 inci Full HD dengan sistem Atlas Auto OS, peta pengecasan EV masa nyata, sokongan aplikasi Proton e.MAS, tempat duduk kulit sintetik (leatherette), sistem pacuan roda belakang (RWD), dan suspensi belakang jenis multi-link.

Ia juga dilengkapi dengan instrumen digital 8.8 inci dan Proton e.MAS 5 ini juga memberi respons kepada arahan suara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Dengan adanya aplikasi Proton e.MAS, ia ymembolehkan akses kepada fungsi utama kenderaan, daripada melihat status bateri sehingga menyejukkan kabin sebelum perjalanan.

image.pngimage.pngimage.png

Rekaan dalaman bergaya minimalis yang diinspirasikan daripada ruang santai hadir dalam warna Flint Grey bagi warna luaran Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey. Bagi Proton e.MAS 5 Premium pula, dua pilihan warna Marble Cream dan Quartz Rose dipadankan dengan bahagian dalaman berwarna Alabaster White.


image.pngimage.png

Kabin ini juga menggabungkan rekaan ergonomik dengan 32 ruang penyimpanan.

Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.

image.png

Dari segi pengecasan, anda jangan risau kerana kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pengecasan pantas DC pada 53 kW (Prime) dan 71 kW (Premium dimana bateri boleh dicas dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa 21 minit.


image.pngimage.png

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Ia hadir dengan sistem bantuan ADAS yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Perlanggaran depan/belakang, Bantuan Tukar Lorong, Titik Pemantau Buta dan banyak lagi. 

Jika berminat untuk mendapatkan EV paling murah di Malaysia ini, segeralah tempah!






Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia

Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.

04-03-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.