Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Japan Mobility Show pada 30 Oktober nanti. Ini merupakan versi kemas kini yang terbesar sejak ia mula diperkenalkan pada 2022.
Rekaan Terbaru, Menyamai Nissan Leaf

Sekilas pandang, Ariya facelift kelihatan tidak jauh berbeza daripada kenderaan elektrik (EV) Nissan Leaf generasi ketiga yang dilancarkan sebelum ini. Sudut depannya kelihatan tajam dengan logo Nissan yang kini menyala dan lampu depan LED berbentuk huruf C. Berbeza dengan model terdahulu, komponen ambilan udara pada bampar hadapan telah dibuang, memberikan rupa yang lebih ringkas dan moden seperti kebanyakan EV lain.

Dari tepi pula, ia kekal dengan garis bumbung yang kemas dan elegan dalam warna hitam yang kontra dengan badan. Versi terbaru ini turut diberikan rim aloi dalam rekaan terbaru. Walaupun imej bahagian belakang belum didedahkan sepenuhnya, kita masih dapat melihat ‘secebis’ lampu pada sudut ini yang kelihatan besar. Ini mungkin bermakna ia tidak menggunakan bar LED halus panjang seperti yang terdapat pada model-model EV lain.
Baca: Seni Tradisional Jepun Ditampilkan Pada Rekaan Nissan Ariya
Fungsi Canggih Terbaru


Nissan masih belum berkongsi selanjutnya mengenai peningkatan atau perubahan yang dibuat dalam aspek mekanikal. Namun memandangkan versi kali ini menerima kemas kini paling besar setakat ini, kita boleh menjangkakan pelbagai ciri baharu turut diberikan dalam aspek lain, bukan hanya semata-mata rekaan.
Antara ciri baharu yang telah disahkan Nissan adalah kehadiran fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan kenderaan digunakan untuk mengecas peralatan elektrik lain, serta sistem infotainmen Google yang serupa dengan yang digunakan pada Nissan Leaf terbaru.

Ariya facelift dijangka tiba di pasaran Jepun pada “akhir tahun fiskal ini” selepas didedahkan secara rasmi di acara automotif Japan Mobility Show.
Baca: Bila Trenkuasa EV Nissan Ariya Digunakan Dalam Kereta Lumba, Terhasil Ariya Single Seater
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti
Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun.
29-08-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge