Ini Dia Rupa Sebenar Proton e.MAS 5 Tanpa Sebarang Pelekat Penyamaran Sebab Bakal Dilancar Minggu Ini?

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya didedahkan tanpa sebarang pelekat penyamaran memandangkan ia akan dilancarkan secara rasminya pada Khamis ini.
Selepas memandu uji Proton e.MAS 5 di trek ujian Proton Centre of Excellent (COE), Subang Jaya, saya berpendapat ia adalah sebuahEV hatch yang paling selesa, laju dan yang penting, pemanduannya cukup senyap.
Melihat luarannya, nampaknya Proton e.MAS 5 sedikit berbeza dengan Geely Geome Xingyuan memandangkan ia hadir dengan logo harimau Proton e.MAS di bahagian depan, tertera tulisan Proton secara melintang di bahagian penutup but belakang, serta terdapat logo e.MAS 5 di bahagian bawah kanan penutup but.


Apa yang cukup menarik, ia tidak menggunakan lampu belakangnya yang merentangi bahagian belakang seperti mana ia menjadi trend pada kebanyakan EV masa kini.
Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.
Proton tidak banyak mengubah model Geely Xingyuan (Starwish) dalam versi e.MAS 5 ini. Hal ini ketara melalui lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, rim dua tona bersaiz 16 inci, serta kemasan hitam ala SUV pada bampar, skirt sisi dan lengkungan roda.


Apa yang paling menarik perhatian ialah warna badan dua tona, di mana warna eksklusif ‘Marble Cream’ (salah satu daripada dua warna khas untuk varian Premium) digandingkan dengan bumbung dan tiang hitam berkilat, memberikan kesan ‘floating roof’ yang elegan dan premium.
Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat juga ‘easter egg’ berupa corak halus yang seolah-olah diukir pada hiasan tiang-C, sekali gus menambah sedikit karakter kepada keseluruhan reka bentuknya.

Bercakap tentang warna, varian Premium turut mendapat satu lagi pilihan eksklusif iaitu warna ‘Quartz Rose’. Warna lain yang dikongsi antara semua varian ialah Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey.
Apapun, kami yakin ramai yang teruja dengan reka bentuk minimalis Proton e.MAS 5 kerana ia mirip dengan SUV elektrik e.MAS 7 yang lebih besar.
Biarpun, ia tidak nampak sporty, kami yakin ramai yang akan menyukai kerana reka bentuknya yang sedap mata memandang.


Kami akan berkongsi lebih banyak butiran selepas pelancaran rasminya pada Khamis nanti. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi
Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.
28-10-2025
Proton e.MAS 5 Dipratonton Menerusi Kembarnya Geely Xingyuan, e.MAS 5 Bakal Dilancar, Harga Mampu Milik, Mungkin Bawah RM100,000!
Proton e.MAS 5 akan diperkenalkan di Malaysia.
29-09-2025
Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?
Pihak Proton akhirnya mendedahkan satu lagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5.
08-08-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat