Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Selain model daripada Omoda & Jaecoo serta Chery, Jetour Zongheng G700 dilancarkan pada Chery International User Summit (CIUS) 2025, yang diadakan di China, baru-baru ini.
Dilancarkan di bawah subjenama premium baharu Jetour, Zongheng, model G700 menampilkan rekaan SUV berkotak yang kini semakin popular, digabungkan dengan elemen gaya off-road yang agresif.


Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril hadapan besar dengan lampu utama LED berbentuk segi empat, pelindung bawah badan yang agak agresif, rim 20 inci dengan tayar HT, ada penutup tayar gantian pada pintu but, dan banyak lagi.

Sebagai SUV 4x4 bersaiz besar Jetour, G700 berukuran 5,198 mm panjang, 2,050 mm lebar, dan 1,956 mm tinggi dengan jarak roda 2,870 mm sekali gus menjadikannya sedikit lebih besar daripada GWM Tank 500 dan Toyota Land Cruiser 300.


Walaupun tampil lasak namun G700 menawarkan kabin yang mewah, dengan konfigurasi tempat duduk dua baris atau tiga baris dimana ia hadir dengan susun atur 2-2-2 dengan enam tempat duduk.
Di bahagian hadapan, pemandu disajikan dengan skrin meter digital 35.4 inci yang meliputi papan pemuka, serta skrin infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci.
Walaupun dilengkapi dengan pelbagai skrin, SUV ini masih mengekalkan butang fizikal pada konsol tengah untuk kawalan sistem pendingin hawa, mod pemanduan, kunci pembeza (diff-lock) dan sebagainya. Tuil gear kini dipasang pada bahagian kanan stereng untuk akses lebih mudah.

Semua tempat duduk dalam G700 dibalut dengan kulit sintetik mewah, dan tempat duduk barisan pertama serta kedua mempunyai fungsi kuasa, pemanas dan penyejuk.
Penumpang barisan kedua ditawarkan dengan skrin infotainmen khas yang dipasang pada bumbung, namun ciri ini ada pada varian tertinggi.Tidak ketinggalan, pembesar suara Lexicon, lampu suasana pelbagai warna, bumbung panoramik terbahagi, dan banyak lagi.


Di sebalik penampilan lasaknya, G700 menggunakan sistem hibrid plug-in Kunpeng milik Chery, yang digerakkan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter empat silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 208 hp dan 340 Nm. Enjin ini digandingkan dengan dua motor elektrik serta transmisi hibrid khas dua kelajuan (DHT) untuk menghasilkan kuasa gabungan 892 hp (665 kW) dan tork 1,135 Nm.
Ini membolehkan SUV besar ini mampu memecut dari 0–100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Ia yang disumbat dengan pek bateri LFP 31.4 kWh, memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 150 km, serta jarak keseluruhan sehingga 1,400 km apabila digabungkan dengan tangki bahan api 100 liter.

Dari segi pengecasan, bateri ini menyokong pengecasan pantas 4C, membolehkan pengecasan 20% hingga 80% hanya dalam 10 minit.
Untuk membuktikan keupayaan sistem PHEV-nya, Jetour berjaya memandu G700 merentasi Sungai Yangtze di Wuhu, China, meliputi jarak 1.5 km pada kelajuan sekitar 5–10 km/j.

Cabaran ini turut mempamerkan pelbagai ciri teknologi canggih G700, termasuk penjana oksigen luaran, giroskop enam paksi, badan tanpa lubang dengan kemasan cat penuh, sistem peredaran udara aktif, dan banyak lagi.
Jualan Jetour Zongheng G700 PHEV telah pun bermula di China, dengan harga antara CNY 329,900 hingga CNY 414,900 (sekitar RM195,724 hingga RM246,153).

Kumpulan Chery sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengeksport model ini ke pasaran antarabangsa, jadi adakah Jetour G700 akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Perkenal 3 SUV Mewah Terbaru, Jetour Zongheng – Lasak & Futuristik
Jenama di bawah syarikat automotif Chery, Jetour, memperluaskan portfolionya dengan pengenalan siri SUV off-road hibrid mewah, Zongheng.
27-01-2025
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
