ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Camry-HEV-1.jpg

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak  8,172 unit, menjadikan jumlah keseluruhan dari Januari hingga September adalah 70,418 unit. 

Prestasi ini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Toyota sebagai jenama automotif bukan nasional terkemuka di Malaysia, selain menunjukkan rakyat Malaysia  mencari kualiti yang boleh dipercayai, inovasi praktikal serta pilihan elektrifikasi yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Corolla-Cross-HEV-2.jpg

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, tanggungjawab mereka adalah menawarkan nilai sebenar kepada pengguna.

"Dengan adanya barisan kenderaan elektrik hybrid kami menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk menguruskan peningkatan kos.

"Kami komited untuk memastikan para pemandu mempunyai akses kepada penyelesaian yang praktikal dan efisien," katanya.

Bagi mempergiat kesedaran mengenai teknologi hibrid, Toyota kini sedang mengadakan  kempen “HEV It All”, yang berlangsung dari September hingga November 2025.

Photo-1-(3).jpg

Kempen ini menampilkan barisan model hibrid Toyota termasuk Innova Zenix 7-tempat duduk,  Corolla Cross HEV dan Camry HEV .

Selain itu, UMWT turut menawarkan  program Toyota Extra Mile dan aplikasi Toyota MY App, yang memudahkan pelanggan membuat tempahan servis dan menikmati kemudahan selepas jualan di seluruh negara.

Toyota-Extra-Mile-Picture-1.png

Program Toyota Service Savers pula menawarkan penjimatan sehingga 10 peratus untuk alat ganti dan upah kerja, dengan pelan penyelenggaraan serendah RM31 sebulan.

Bukan itu sahaja, Toyota turut  menawarkan rebat sehingga RM8,000 bagi model terpilih, selain tawaran menarik tambahan daripada pengedar sah di seluruh negara.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

28-12-2023
Berita Auto

21-06-2023
Kereta Baru

21-06-2023
Global

21-11-2022
Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.