Kia EV4 GT Ditunjuk Dengan Pelekat Penyamaran Sebelum Dilancar Tahun Depan

Pembuat kereta Korea, Kia, mendedahkan imej rasmi model elektrik terbaharunya Kia EV4 GT namun model yang dijangka akan membuat penampilan rasmi pada tahun depan ini didedahkan dengan pelekat penyamaran.
Biarpun ia sarat dengan pelekat berwarna kelabu dan hijau itu, namun hakikatnya ia masih tidak dapat menyorokkan reka bentuk sebenarnya kerana EV4 GT dilihat masih mengekalkan bentuk asas yang sama dengan EV4 GT-Line.
Namun perbezaannya tidaklah begitu ketara kerana ia hadir dengan saluran udara menegak pada bampar hadapan bawah, rim aloi potongan berlian dengan angkup brek berwarna neon, penyebar belakang GT yang lebih agresif dengan lampu LED menegak gaya F1 di bahagian tengah dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Kia masih belum berkongsi sebarang imej bahagian kabinnya , namun laporan awal menunjukkan ia akan dilengkapi tempat duduk jenis bucket berwarna neon.
Selain itu, EV4 GT dijangka menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 400 hp.


Di sebalik itu, ada desas-desus mengatakan bahawa EV4 GT akan menggunakan fungsi penukaran gear manual simulasi dan artificial rev limiter yang diambil daripada Hyundai Ioniq 5 N.
EV4 GT juga dikatakan menggunakan pek bateri berkapasiti 81.4 kWh yang sama seperti varian EV4 pacuan roda hadapan jarak jauh (long-range FWD), namun angka jarak pemanduan rasmi masih belum diumumkan.


Selaras dengan peningkatan kuasa tersebut, EV4 GT turut menerima talaan casis yang lebih sporty, termasuk suspensi lebih tegar dan nisbah stereng yang lebih pantas, bagi memberikan tindak balas lebih lincah serta pemanduan dinamik.
Walaupun tiada butiran terperinci setakat ini, namun nampaknya Kia serius dalam membangunkan model GT ini kerana mereka bukan sekadar menambah lencana prestasi.
Seperti yang dinyatakan, Kia EV4 GT akan membuat kemunculan pasaran pada penghujung tahun 2026, dan bakal menjadi alternatif elektrik sepenuhnya kepada hot-hatch AWD terkenal seperti Volkswagen Golf R, Toyota GR Corolla, dan Audi RS3 Sportback.
Apabila dilancarkan nanti, model ini akan menyertai barisan EV GT berprestasi tinggi yang kini terdiri daripada EV6 GT dan EV9 GT.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat