Leapmotor B10 Dah Masuk Malaysia, Gambar Intipan Tersebar

Terima kasih kepada seorang pengikut kumpulan Facebook MyEVOC yang menjadi individu pertama apabila berjaya mengesan kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, baru-baru ini.
Gambar intipan itu membuktikan bahawa jentera itu sedang diuji di jalan raya namun lokasi sebenar tidak didedahkan.
Sebaliknya, jentera itu dilihat diletakkan di sebuah lot parkir berhampiran sebuah premis motosikal yang terkenal di ibu negara sekali gus mengesahkan jentera itu sudah berada di Malaysia.
Susulan itu, Individu terbabit memuat naik sekeping gambar EV baharu yang kelihatan sama seperti Leapmotor B10 namun seperti biasa, model yang masih belum dilancarkan akan dilitupi dengan pelekat penyamaran.
Kami yakin ia adalah Leapmotor B10 memandangkan reka bentuknya dari arah belakang kelihatan agak mirip dengan satu lagi model Leapmotor iaitu C10.
Nampaknya, kemunculan model ini menguatkan lagi spekulasi bahawa SUV elektrik bersaiz sederhana ini akan berada di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Mengimbas kembali, Leapmotor B10 pertama kali diperkenalkan sekitar setahun lalu di peringkat global sebagai model C-SUV elektrik untuk pasaran dunia.
Ia kemudian dilancarkan di China pada April tahun ini, di mana semua unit habis dijual sebelum ditunjukkan di Malaysia semasa pengumuman rancangan pemasangan tempatan (CKD) bersama Stellantis Malaysia.


Selepas itu, Leapmotor B10 turut dilancarkan di Thailand, dan penampakan unit di Malaysia ini menunjukkan bahawa pasaran kita mungkin menjadi destinasi seterusnya.
Dengan insentif cukai untuk EV import sepenuhnya (CBU) yang bakal tamat pada 31 Disember tahun ini, kemungkinan besar, pemasangan tempatan (CKD) akan dilakukan di kilang Stellantis di Gurun, Kedah.
Pendek kata, Leapmotor B10 versi Malaysia dijangka akan meniru spesifikasi pasaran Thailand. Di Thailand, Leapmotor B10 ditawarkan dalam tiga varian, semuanya CBU buatan China.
Terdapat dua pilihan bateri iaitu 56.2 kWh dan 67.1 kWh (kedua-duanya jenis LFP) dimana ia menawarkan jarak WLTP antara 470 km hingga 560 km.
Difahamkan, semua varian menggunakan motor elektrik pacuan belakang (RWD), dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 218 PS dan 240 Nm.


Kesemua varian juga menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC pantas 89 kW, yang membolehkan pengecasan 30% hingga 80% hanya dalam 19 minit (56.2 kWh) atau 20 minit (61.7 kWh).
Di Thailand, Leapmotor B10 bersaing secara langsung dengan Proton e.MAS 7, yang merupakan kembar kepada Geely EX5.


Sehubungan itu, Leapmotor B10 dilihat akan memainkan peranan yang sama di Malaysia apabila ia dilancarkan pada tahun depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat