Lebih 3,000 Saman VEP Dikeluarkan Terhadap Pemandu Singapura

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 3,148 saman dengan kutipan mencecah hampir RM1 juta kepada pemilik kenderaan dari Singapura yang tidak memiliki Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) ke negara ini selepas peraturan itu dikuatkuasakan bermula Julai lalu.
VEP ialah sistem pengesahan kemasukan wajib untuk semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia, yang memerlukan pendaftaran secara dalam talian melalui portal VEP dan pemasangan tag RFID VEP pada kenderaan terbabit.
Memetik kenyataan Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata jumlah itu direkodkan sehingga Ahad lalu dengan setiap saman RM300 perlu dibayar sebelum kenderaan dibenar keluar melepasi sempadan negara.

Seperti mana diketahui, pemandu Singapura wajib memasang sistem VEP pada kenderaan bagi meningkatkan keselamatan sempadan, memudahkan pengumpulan data dan membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang jalan raya ke atas kenderaan mereka.
"Berdasarkan statistik rasmi, jumlah kutipan hasil daripada saman itu mencecah RM944,400 dengan nilai setiap saman ditetapkan RM300.
"Sebenarnya VEP ini satu sistem penting bagi menjamin keselamatan jalan raya dan mengelak penyalahgunaan kenderaan asing di negara ini.
"Ini kerana pihak berkuasa Malaysia boleh memantau kenderaan asing, meningkatkan keselamatan dan menguruskan saman lalu lintas sepanjang mereka berada di negara ini, malah kita akan terus meningkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa," katanya kepada Berita Harian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemandu Kereta Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP
Pemilik atau pemandu kenderaan asing, khususnya dari Singapura, yang gagal memiliki atau mengaktifkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak dibenar keluar Malaysia selagi tidak membayar saman.
01-11-2025
Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP
Seramai 10 pemandu dari Singapura disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.
01-07-2025
Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya
Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
30-06-2025
VEP: Kerajaan Bakal Kuat Kuasa VEP 1 Julai Ini, Tiada VEP, Kena Bayar Saman Dulu Sebelum Keluar Malaysia
Pemandu Singapura yang memasuki Malaysia tanpa VEP, mereka akan dikenakan denda RM300.
04-06-2025
Ramai Orang Singapura Mula Daftar Tag RFID VEP
JPJ mengesahkan sebanyak 62,635 kenderaan persendirian Singapura telah mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).
27-09-2024
Tag RFID-VEP, Kini 2 Lokasi Ditambah!
JPJ akan melaksanakan penguatkuasaaan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.
20-09-2024
Tindakan Tegas Menanti Pemandu Singapura Dengan Tunggakan Saman Trafik Bermula 1 Jan 2025
Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu dari Singapura yang gagal menjelaskan saman trafik.
23-08-2024
Ramai Mula Daftar VEP
Sejumlah 80,000 hingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura dijangka mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP),
02-08-2024
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat