Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan

Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV. Kemunculannnya di Malaysia merupakan penampilan sulung model ini di rantau Asia.
Model konsepnya pertama kali dipertontonkan semasa acara automotif Geneva Motor Show 2016 dengan versi pengeluaran yang sempurna diperkenalkan pada tahun 2021. Walaupun dibangunkan oleh syarikat yang berpangkalan di Switzerland, pemasangan Microlino dibuat di Turin, Itali, tidak jauh dari kilang bersejarah Fiat di Lingotto.
Reka Bentuk Microlino EV


Dalam versi pengeluaran kali ini yang digelar Microlino 2.0, ia dibangunkan dengan casis monocoque unibody yang dikatakan pertama dalam segmen heavy quadricycle di Eropah. Untuk suspensi, ia dipasangkan dengan sistem MacPherson di hadapan, gandar belakangnya bagaimanapun tidak fleksibel.






Dari segi reka bentuk, Microlino menyerupai kereta mikro klasik Eropah lain seperti Isetta tahun 1950 dan BMW 600. Lampu LED berkelebaran penuh diletakkan di sudut hadapan dan belakang, manakala lampu utama diletakkan pada cermin sisi. Microlino EV memiliki rim kecil bersaiz 13 inci dengan tayar Continental EcoContact 3 bersaiz 145/70/R13.


Dimensinya sangat kompak iaitu panjang 2,519 mm, lebar 1,473 mm dan tinggi 1,501 mm dengan jarak roda 1,566 mm. Seperti Isetta, pintu Microlino terletak di bahagian hadapan dan dilengkapi fungsi soft-close.
Kabin Selesa, Walaupun Kecil


Ruang kabin Microlino agak terhad tetapi kemas dan ringkas dengan hanya satu baris tempat duduk untuk dua penumpang. Kabinnya dilengkapi stereng, meter digital kecil, gear jenis tombol putar (tulisan R, N, D yang dipaparkan dalam foto hanya sekadar penunjuk) dan brek tangan fizikal yang ditempatkan di sebelah kiri memandangkan unit yang dipamerkan ialah unit pemanduan sebelah kiri (LHD).




Di pintu pula terdapat skrin sesentuh kecil untuk kawalan pelbagai ciri penting, termasuk kipas angin (unit Eropah). Untuk pasaran Asia kelak akan dilengkapi dengan sistem penyaman udara.


Bagaimanapun, model ini tidak dilengkapi dengan sistem infotainmen, namun terdapat tempat pemegang telefon dan sistem sambungan Bluetooth yang membolehkan telefon bimbit berfungsi sebagai unit hiburan.


Walaupun kecil, ruang butnya berkapasiti 230 liter sesuai untuk membawa barangan runcit atau keperluan harian yang lain.
Bateri & Prestasi Microlino EV
Model ini dikuasakan oleh satu motor elektrik di belakang dengan output 17 PS (12.4 kW) dan tork 17.9 Nm, membolehkan pecutan 0–50 km/j dalam lima saat dan kelajuan maksimum 90 km/j.


Di Eropah, Microlino turut ditawarkan dalam varian lebih rendah, Lite, dengan prestasi terhad dan had kelajuan hanya 45 km/j, membolehkan pemegang lesen L6e berumur 14 tahun ke atas memandu EV ini secara sah.
Microlino EV menggunakan bateri Nikel Kobalt Aluminium (NCA) berkapasiti 15 kWj yang menawarkan jarak pemanduan WLTP sekitar 228 km dengan cas penuh. Pengecasan menggunakan AC Type 2 dengan input 2.2 kW mengambil masa kira-kira 5.5 jam untuk mengecas dari 0% ke 80%.
EV Mikro & Undang-Undang Di Malaysia


Untuk memandu Microlino di Malaysia, pemilik perlu memiliki lesen memandu kompeten (CDL) minimum kelas DA sama seperti kenderaan biasa. Model ini sudah menerima kelulusan penuh untuk digunakan di Malaysia, bagaimanapun, kami diberitahu bahawa ia tidak dibenarkan untuk dibawa di lebuh raya.
Tarikh Pelancaran Di Malaysia


Microlino belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pengimport dan pengedar tunggal Microlino di Asia, Go Daddy Motorsport Autotrader, menyatakan model ini akan mula dijual pada suku pertama 2026. Sementara itu, dua unit dipamerkan kini boleh disewa melalui platform sewa kereta tempatan Flux dengan harga RM1,250 selama lima hari.
Baca: MIROS Perkenal Program MIRA & TrackScore – Mikromobiliti & Sistem GPS Dinilai

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik
Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.
04-09-2025
EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober
Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.
02-10-2024
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
Honda N-One e: Dengan Kit Mugen: Comel Tetapi ‘Bertaring’, Jadi JDM Sporty
Imej comel Honda N-One e: berubah sepenuhnya dengan kehadiran kit badan daripada syarikat penalaan rasmi Honda, Mugen.
14-08-2025
Toyota, Suzuki & Daihatsu Pamer Kereta Kei Elektrik, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Toyota, Suzuki, dan Daihatsu bersatu untuk memperkenalkan varian elektrik tulen bagi model van Kei.
23-05-2023
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat