Nissan Skyline 400R Limited Dilancar Di Jepun, Hanya Ada 400 Unit

Biarpun Nissan telah menamatkan pengeluaran GT-R generasi R35 pada awal tahun ini, namun Nissan Skyline masih diteruskan, apabila model terhad 400R Limited dilancarkan di Jepun, baru-baru ini.
Seperti namanya, hanya 400 unit edisi terhad ini akan ditawarkan, dengan harga 6.935 juta yen (kira-kira RM191,243).


Sama seperti Nissan Nismo 400R asal, Skyline 400R Limited baharu ini mampu memghamburkan kuasa setakat 400 hp, tetapi kali ini kuasa tersebut datang daripada enjin 3.0 liter V6 twin-turbo VR30DDTT.
Berbeza dengan R35, 400R Limited hanya menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan transmisi automatik 7 kelajuan.


Walaupun angka itu dilihat agak mengagumkan, namun hakikatnya model ini masih kurang berkuasa berbanding versi Nismo, yang menghasilkan kuasa 414 hp dan 550 Nm disebabkan hasil talaan enjin khas oleh Nismo.
Selain enjin yang dipertingkatkan, 400R Limited juga mendapat pad brek lebih tebal dan tahan haba bagi prestasi konsisten pada suhu tinggi.
Di bahagian casis, penyerap hentak hadapan kini 4% lebih tegar, manakala bar penstabil belakang meningkat 44%, memberikan kawalan pemanduan yang lebih mantap.


Dari segi kemasan, Skyline 400R Limited turut menampilkan beberapa penambahbaikan luaran istimewa seperti lencana ‘400R Limited’ di belakang, penutup cermin sisi gentian karbon, spoiler but gentian karbon, rim aloi khas 19 inci bersama tayar Dunlop SP Sport Maxx GT 600, serta warna badan baharu — Wangan Blue.
Menjengah bahagian kabinnya, pembeli akan menerima plat nombor siri khas, dan boleh memilih dua warna kabin iaitu hitam atau putih.
Selain itu, reka bentuk dalaman kekal sama seperti model Skyline standard, yang kini kelihatan agak ketinggalan memandangkan model asalnya telah dilancarkan lebih sedekad lalu.

Memandangkan hanya 400 unit Skyline 400R Limited akan dijual di Jepun, ini menjadikannya lebih eksklusif berbanding versi Nismo yang lebih berkuasa, di mana 1,000 unit dihasilkan dengan harga lebih tinggi iaitu 7.88 juta yen (RM217,303).

Tempahan untuk 400R Limited akan dibuka mulai 13 November ini di Jepun, manakala penghantarannya akan bermula pada 18 Disember nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat