Pemandu Maut, Kereta Masuk Sungai

Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, petang semalam akhirnya ditemui.
Bagaimanapun, mangsa, Mud Husni Mahmud, 47, ditemukan meninggal dunia sebaik kereta dipandunya dinaikkan pasukan penyelamat pada jam 1 pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nor Alfatah Omar, berkata mayat mangsa ditemukan selepas kenderaan itu dinaikkan menggunakan kren.
Katanya, pada jam 10.21 malam, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya menemui kenderaan itu pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing pada kedalaman 15 meter sebelum kerja-kerja menaikkan kereta dijalankan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.
"PPDA melakukan selaman pertama pada jam 5.50 petang menggunakan teknik 'arch pattern' dan selaman kedua menyusul sejam kemudian.
"Sebaik tiba, pasukan mendapati benar terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 12 meter.
"Maklumat awal saksi menyatakan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu berada dalam kenderaan berkenaan. Operasi pencarian dijalankan menggunakan bot dan teknik surface searching," katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
