ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penceramah Popular Guna Nombor Plat Orang Lain, Sampai Ada 42 Saman Awas, Akhirnya Dicekup

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merampas sebuah Toyota Fortuner yang menggunakan nombor pendaftaran diubah suai bagi mengelak dikesan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) .

Hasil siasatan mendapat, terdapat 42 saman kesalahan AWAS yang direkodkan ke atas nombor kepunyaan atau milik orang lain, dipercayai bagi mengelak dikesan dan dikenakan tindaka

Bagaimanapun, kenderaan yang merupakan milik penceramah motivasi popular  akhirnya berjaya ditahan. 

image.png

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata lelaki berusia 50 tahun itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran tulen pada bahagian hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya, tetapi memasang nombor plat hampir sama pada bahagian belakang dengan menggugurkan satu huruf bagi mengelirukan sistem AWAS.

Beliau berkata, tindakan penceramah itu mengakibatkan saman berjumlah lebih RM12,600 yang terkumpul sejak September 2023 dikeluarkan kepada pemilik nombor pendaftaran hampir sama.

"Pemeriksaan mendapati kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner milik penceramah itu menggunakan nombor pendaftaran 'PRF' yang dipamerkan di bahagian hadapan, manakala nombor pendaftaran 'RF' di belakang.

image.png

"Aduan dibuat pemilik asal yang sering menerima notis saman AWAS atas kesalahan yang bukan dilakukannya dan apabila JPJ melaksanakan senarai hitam, beliau terjejas untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) lalu membuat aduan mengenainya," katanya. 

Bagaimanapun, penceramah itu mengaku mengubah suai nombor plat belakang bagi mengelak dikesan AWAS dan semua saman itu kini dipindahkan semula kepada kenderaan sebenar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) akta sama.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.