Proton e.MAS 7 Masuk Mauritius, Negara Ke-4 Terima Proton e.MAS 7

Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) melancarkan secara rasmi PROTON e.MAS 7 di Mauritius, semalam.
Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting apabila Mauritius menjadi pasaran antarabangsa keempat menerima model EV pertama PROTON, hanya 10 bulan selepas pelancarannya di Malaysia.
Sebelum ini, Proton e.MAS 7 dipasarkan di Singapura, Trinidad dan Tobago.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pengenalan e.MAS 7 di Mauritius merupakan sebahagian daripada strategi berterusan PROTON untuk mengembangkan portfolio di peringkat global.
"Setiap pelancaran baharu mengukuhkan lagi kehadiran antarabangsa PROTON dan membuktikan keupayaan kami untuk menghasilkan kenderaan yang menggabungkanteknologi, prestasi dan nilai. Kilang EV di Tanjong Malim akan menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi baharu model elektrik untuk pasaran dunia,” katanya.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Port Louis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation Sdn Bhd, Edmund Lim Meng Thong, serta disaksikan Menteri Pengangkutan Republik Mauritius, Osman Mahomed.

Sempena pelancaran ini, Proton Mauritius menawarkan promosi pelanggan terawal untuk 30 pembeli pertama. Varian e.MAS 7 Prime dijual pada harga Rs 1,690,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dan disertakan dengan pengecas dinding percuma serta kad e.motion percuma.
Segmentara itu, varian Premium berharga Rs 1,850,000 (harga atas jalan tanpa insurans) hadir bersama pengecas dinding percuma, kad e.motion percuma serta lima tahun servis percuma atau 150,000 km, yang mana terdahulu.
Sejak Proton e.MAS 7 dilancar, lebih 6,500-unit telah dihantar ke pasaran domestik dan antarabangsa, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas terhadap model tersebut.

Di Malaysia, Proton e.MAS 7, ditawarkan dalam varian Prime dan Premium dimana ia hadir dengan penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.
Proton e.Mas 7 ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 7.1 saat. Dilengkapi unit pacuan elektrik 12-dalam-1, model ini menghasilkan 160 kW kuasa dan 320 Nm tork.


Dikuasakan oleh sel bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 60.22 kWh, e.MAS 7 mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 410 km (WLTP).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM
Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.
12-01-2026
Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!
Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.
18-09-2025
Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan, 4,959 Unit Terjual
Proton e.MAS 7 merupakan model EV Nombor 1 di Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut, memandangkan dalam hanya tujuh bulan sebanyak 4,959 unit Proton e.MAS 7 terjuaL.
15-08-2025
Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya
Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.
08-07-2025
Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport
Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara.
22-09-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
