ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Spesifikasi Jimny 3-Pintu Dikemaskini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar automotif yang berpangkalan di Hamamatsu, Suzuki, baru sahaja melancarkan versi terkini yang telah dikemaskini untuk  model ikonik generasi keempat Jimny 3-Pintu.

Bagi yang tidak tahu, jenama Jepun yang dikenali dengan huruf “S” ini menawarkan model terkenal tersebut di Jepun dalam dua varian  iaitu versi biasa dan versi kelas Kei Car.

image.pngimage.png

Bagi mengenali kedua-dua varian itu cara paling mudah ialah, varian Kei Car tidak mempunyai lekuk ada roda berwarna hitam. 

image.png

Penambahbaikan yang dibuat ini tertumpu kepada aspek keselamatan dan sambungan digital.

Namun, kebanyakan perubahan ini hanya terhad kepada dua varian 3-Pintu, manakala versi buatan India dengan lima pintu  yang dipasarkan di Jepun sebagai Nomade kekal tanpa sebarang perubahan.

image.png

Bagi pasaran Jepun  varian kelas Kei Car menggunakan enjin petrol turbo 3-silinder 658cc yang mana ia mampu menghasilkan kuasa hanya 63 hp.

Sementara itu, varian Jimny 3-Pintu biasa (kod casis: JB74) masih mengekalkan enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter 4-silinder dimana varian ini mampu menghasilkan kuasa setakat  103 hp dan 138 Nm.

Pembeli kini juga boleh memilih skrin infotainmen baharu bersaiz 9 inci. Dengan tambahan harga ¥128,700 (RM3,612), skrin ini menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Turut baharu ialah konsol tengah yang dikemas kini dengan ruang khas untuk telefon pintar.

image.png

Untuk pasaran Jepun, varian asas ditawarkan tanpa sistem kawalan suhu automatik. Sebaliknya, varian ini dilengkapi dengan antara muka analog tradisional berbanding unit separa digital automatik yang terdapat pada varian lebih tinggi.

Antara kemas kini yang dibuat ialah penambahan sistem “Dual Sensor Brake Support II” pada Jimny 3-Pintu, terdpaat sistem pencegahan keluar lorong (LDP), lampu tinggi automatik (AHB), pengecaman tanda lalu lintas (TSR), serta langkah keselamatan siber baharu yang lebih ketat.

image.png

Selain itu, varian yang dilengkapi dengan transmisi automatik 4-kelajuan turut menerima  sistem Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan fungsi baharu yang dinamakan Rear False Start Prevention.

Secara ringkasnya, ciri-ciri keselamatan pemanduan bantuan (ADAS) asas yang kini ditambah meletakkan model Jimny 3-Pintu pasaran Jepun setanding dengan varian 5-pintu Nomade dari segi keselamatan asas.

image.pngimage.png

Dari segi harga, rangkaian Suzuki Jimny 3-Pintu versi baharu ini dijual antara ¥1,918,400 (RM53,833) hingga ¥2,160,400 (RM60,624) bagi varian kelas Kei Car manakala varian Jimny 3-Pintu biasa yang dipasarkan di Jepun sebagai Jimny Sierra, pula berharga sekitar ¥2,271,500 (RM63,741) hingga ¥2,385,900 (RM66,951).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4996

SELANGOR

BSR6734

JOHOR

JA4495J

PULAU PINANG

PSD8914

PERAK

APJ9285

PAHANG

CFH1907

KEDAH

KGH1527

NEGERI SEMBILAN

NEK9536

KOTA KINABALU

SJT1344

KUCHING

QAB2165P

Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya

Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.

06-02-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.