- Berita
- Berita Auto
- Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu, Dilengkapi Pelbagai Kemudahan
Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu, Dilengkapi Pelbagai Kemudahan
Selain merasmikan stesen itu, Azizul (empat dari kiri) turut mengumumkan pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan DBKL bagi melanjutkan pajakan tanah stesen itu selama 30 tahun lagi.
BHPetrol merasmikan semula stesen BHPetrol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang kini tampil dengan imej baharu bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang mengunjungi stesen minyak itu.
Azizul (dua dari kanan) merasmikan stesen BHPetrol di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak pada asalnya beroperasi di bawah jenama BP sejak tahun 1996 hingga 2005, sebelum beralih kepada BHPetrol pada 14 Februari 2006 seiring dengan penjenamaan semula rasmi semua stesen BP di Malaysia.
Namun selepas 19 tahun, BHPetrol Bandar Tun Razak kini tampil dengan imej yang lebih segar.


Stesen ini menawarkan minyak BHPetrol Infiniti Petrol 95, 97, Diesel B10 dan Diesel B7 selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai serbaneka BHPetromart, surau, Kenangan Coffee, dan tandas.

Stesen BHPetrol itu kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Terdahulu majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin dan juga Ketua Polis Cheras, ACP Aidil Bolhassan.
Susulan itu, Azizul turut mengumumkan bahawa pihaknya akan terus memajak tanah stesen itu daripada DBKL untuk tempoh 30 tahun akan datang.
Azizul menyampaikan ucapannya pada majlis perasmian stesen itu, pagi tadi.
"Saya amat berharap agar usahasama strategik bersama DBKL serta Polis Diraja Malaysia akan dapat diteruskan dengan komitmen yang tinggi dalam kalangan syarikat GLC supaya dapat memberi impak yang positif bukan hanya kepada perniagaan malah, kepada para pengguna.

"BHPetrol juga menyedari bahawa peranan sesebuah stesen minyak bukan sekadar untuk menyalurkan bahan api kepada penduduk setempat, tetapi menawarkan pusat kemudahan harian kepada pengguna,” jelasnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!
Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.
10-01-2026
Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM
Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.
23-09-2025
BHPetrol Lancar Stesen Pengecas EV Pertamanya – DC 200 kW
BHPetrol secara rasmi melangkah masuk ke arena elektrifikasi dengan pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di BHPetrol Jalan Genting Klang 1
21-02-2025
Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!
BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.
06-11-2023
BHPetrol Guna Terminal Bayaran Yang Dikuasakan Oleh Maxis
Maxis akan menyediakan SD-WAN untuk menyokong terminal pembayaran BHPetrol.
17-06-2023
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

