Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahulu, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
Ya, bukan lagi dipasang secara tempatan (CKD) sama ada di Malaysia mahupun Thailand seperti yang diputuskan oleh ibu pejabat Subaru yang ingin memberi tumpuan kepada model perniagaan CBU dari negara matahari terbit itu.
Model generasi keenam yang terbaru ini kini dijual pada harga RM221,500, peningkatan harga yang ketara berbanding model sebelum ini yang dijual pada harga RM188,800.
Tetapi… Ada Pakej Menarik


Walaupun kini menjadi salah satu SUV segmen C Jepun yang paling mahal dalam kelasnya, ada ‘sisi positif’ pada harga tersebut. Ini kerana pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia turut menyertakan waranti selama 5 tahun atau 100,000 km serta pakej servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 km, yang termasuk alat ganti dan buruh, bersama pembelian kenderaan.
Platform Yang Dipertingkat
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Forester generasi keenam menggunakan casis Subaru Global Platform yang telah dipertingkat untuk kekukuhan dan keseimbangan struktur lebih tinggi. Penambahbaikan ini bertujuan untuk meningkatkan pengendalian serta mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) semasa pemanduan.
Ciri Mekanikal Subaru Forester 2026



Dari segi mekanikal, Forester baharu masih kekal dikuasakan oleh enjin petrol boxer atau flat 2.5 liter 4 silinder keluaran Subaru. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum mencecah 182 hp dan tork 247 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik CVT 'Lineartronic' Subaru.
Transmisi CVT kini telah dipertingkatkan dengan 8 nisbah (berbanding 7 nisbah sebelum ini). Ia digandingkan dengan sistem pacuan semua roda 'Symmetrical AWD' yang turut ditambah baik, menawarkan pelbagai mod pemanduan dan pilihan permukaan jalan termasuk 'Dual X-Mode' yang lebih baik.
Sentuhan Lebih Moden
Secara visual, Subaru Forester baharu kini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih kemas dan ringkas, namun aura garangnya masih terserlah dengan kehadiran pelindung atau cladding berwarna hitam pada bampar dan lengkungan roda.






Selain itu, ia turut diberikan lampu LED penuh (depan dan belakang), rel bumbung, serta rim aloi 18 inci dua tona.
Kabin Yang Sarat Ciri Canggih & Praktikal
Kabin dilengkapi dengan skrin infotainmen kawalan sentuhan dalam kedudukan potret yang berukuran 11.6 inci. Panel instrumen kekal sama seperti sebelum ini tetapi kini dilengkapi dengan paparan maklumat digital (MID) yang terkini.



Ruang kabinnya juga terasa premium dengan penggunaan upholsteri kulit dan fabrik pada tempat duduk. Untuk keselesaan, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara automatik.






Model ini cukup praktikal, dengan but standard berkapasiti 496 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,719 liter apabila kerusi belakang dilipat. Pintu but ini boleh dibuka secara automatik dengan sistem sensor tendangan.
Kemudahan tambahan adalah termasuk pad pengecas tanpa wayar, port pengecasan USB-C dan USB-A, kemudahan memasuki dan menghidupkan enjin kenderaan tanpa menggunakan kunci, serta kawalan pendingin hawa automatik dua zon dengan saluran udara khas untuk tempat duduk belakang.
Sistem Keselamatan Komprehensif


Dalam aspek keselamatan, Forester generasi keenam kini menempatkan lapan beg udara dalam kabinnya, lengkap dengan sistem brek ABS dan kawalan kestabilan serta traksi.
Peningkatan ketara adalah pada sistem ADAS ‘EyeSight 4.0’ yang menggunakan tiga sensor optik dipasang di atas cermin hadapan, memberikan keupayaan pemanduan separa autonomi tahap 2 selain dilengkapi sistem pemberhentian kecemasan semasa memandu (EDSS).
Tempahan Subaru Forester 2026
Tempahan Subaru Forester 2026 kini ditawarkan dalam tiga pilihan warna cat luaran. Tempahan untuk model ini kini dibuka di semua pengedar sah Subaru di seluruh negara. Tempahan turut dibuka secara dalam talian melalui laman web rasmi Motor Image Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang
Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.
02-01-2026
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun
Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.
17-06-2025
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
04-03-2025
Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan
Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas
20-01-2025
Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT
Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.
13-01-2025
Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara
Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.
24-10-2024
Subaru Crosstrek S:HEV: Ada Kuasa Hibrid Kuat
Subaru Crosstrek generasi ketiga (sebelum ini dikenali sebagai XV) kini ditawarkan varian S:HEV.
22-10-2024
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat