ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subsidi Petrol BUDI95 Kekal 300 Liter Sebulan, Tiada Pengurangan Buat Masa Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Petron_Ron95_Subsidy_Budi95_-5.jpg


Khabar angin mengenai kemungkinan kerajaan mengurangkan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tidak benar. Kerajaan menafikan mesej tular yang kini berlegar di media sosial, lapor portal Free Malaysia Today. 


Tiada Niat Ubah Parameter Subsidi


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan untuk mengubah parameter program BUDI95. Beliau bertegas bahawa masih "terlalu awal" untuk menilai semula had kelayakan bulanan mahupun harga subsidi petrol yang baru diperkenalkan itu.


Isu ini timbul selepas tersebar mesej dalam talian yang memetik Johan kononnya mendedahkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula kelayakan bulanan subsidi bersasar tersebut.


"Kerajaan tidak pernah menyatakan, dan saya juga tidak pernah menyebut kita akan mengurangkan had kelayakan daripada 300 liter kepada 200 liter," jelas Johan.


Kelayakan 300 Liter: Cukup Untuk Hampir Semua Rakyat


Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(9)5.jpgBudi95-RON95-Tested-Caricarz-(15)2.jpg


Johan menerangkan, penetapan had kelayakan 300 liter adalah berdasarkan kajian yang komprehensif bagi memastikan ia benar-benar memenuhi keperluan majoriti rakyat Malaysia, selain bertujuan mengelakkan salah guna.


Beliau mendedahkan bahawa berdasarkan statistik, purata penggunaan petrol rakyat Malaysia dikenal pasti hanya sekitar 80 liter sebulan. 


Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(10)9.jpg


“Pada 180 liter, kita sudah meliputi 99%. Pada 300 liter, dianggarkan 99.3%,” katanya,” jelasnya.


Beliau menambah, dalam beberapa minggu pertama pelaksanaan BUDI95, kurang daripada 0.1% pemilik kenderaan berdaftar didapati menggunakan petrol melebihi had kelayakan bulanan 300 liter.


“Itu memberi keyakinan kepada kami pada paras tersebut, ia seharusnya cukup untuk hampir semua orang,” katanya.


Langkah Strategik Cegah Penyelewengan


Budi95-claim-(4).jpg


Selain memastikan kelayakan yang mencukupi untuk rakyat, penetapan had 300 liter ini juga merupakan langkah strategik.

Johan menjelaskan, had ini juga membantu mencegah kegiatan penyeludupan dan penyalahgunaan komersial. 


Penetapan kelayakan yang tinggi juga mengambil kira keperluan khusus golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mungkin tinggal berjauhan dari tempat kerja, yang memerlukan perbelanjaan perjalanan harian yang lebih panjang.


"Kita mahu pastikan 300 liter itu cukup untuk mereka. Jadi, sudah tentu tiada rancangan mengurangkan (kelayakan) daripada 300 liter kepada 200 liter buat masa ini," tegas beliau lagi.


Program BUDI95 mula dilaksanakan secara berperingkat bermula 27 September lalu. Rakyat Malaysia yang layak, iaitu berumur 16 tahun ke atas, memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah, kini menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan had sehingga 300 liter sebulan. Pembelian bahan api melebihi had tersebut akan dikenakan harga pasaran.

Sumber: FMT

Baca: Pemegang Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon Subsidi BUDI95 – Ini Syaratnya...

Baca: BUDI95 Diuji: Ini Cara Termudah, Hanya Tambah 10 Saat Daripada Biasa

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Berita Auto

25-02-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

26-01-2026
Berita Auto

21-01-2026
Berita Auto

14-01-2026
Berita Auto

07-01-2026
Berita Auto

31-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.