ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka . Anda boleh menempah smart #5 dengan bayaran tempahan serendah  RM2,000 melalui aplikasi Hello smart dan laman web rasmi smart Malaysia .

image.pngimage.png

smart #5 ditawarkan dalam dua varian berbeza, iaitu Premium dan smart #5 BRABUS.

Varian Premium mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.5 saat. Dikuasakan oleh bateri 100kWh yang mampu mencapai jarak sehingga 590km (WLTP), ia turut menyokong seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan jarak jauh dengan keselesaan dan kecekapan maksimum.

Sementara itu, BRABUS pula mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya  dalam masa 3.8 saat, ia hadir dengan sistem pacuan semua roda dwimotor, Launch Mode, manakala  pengalaman bunyi pemanduan BRABUS yang ditala khas menambahkan lagi rasa teruja di sebalik stereng.

Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk Dinamica microfibre, angkup brek berwarna merah serta rim BRABUS Monoblock Z bersaiz 21 inci yang menyerlahkan gaya sporty dan prestasi tinggi yang menjadi identiti BRABUS. 

Bertemakan ‘Contemporary Adventurer’, smart #5 direka khas untuk pemanduan bandar yang mahukan lebih daripada sebuah kenderaan elektrik, ruang yang luas, jarak pemanduan yang besar dan lebih bergaya.

image.png

smart #5 menampilkan dua paparan OLED bersaiz 13 inci, paparan AR berukuran 25.6 inci, serta cipset automotif gred AMD V2000 yang memastikan prestasi pemanduan sentiasa lancar dan responsif.

Di pusat kawalannya LEO, avatar pintar berkuasa ChatGPT  dinaik taraf bagi membantu untuk navigasi, berhubung, dan mengawal kenderaan dengan lebih mudah. Ia turut dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Mengenai sistem audio, smart #5 menawarkan pengalaman seakan konsert di dalam kenderaan anda. Terdapat 20 sistem pembesar suara SENNHEISER dengan teknologi Dolby Atmos serta pembesar suara bahagian tengah automatik yang disertakan dengan pencahayaan ambien 

image.png

Dari segi ciri keselamatan,  smart #5 telah meraih penarafan keselamatan 5 Bintang daripada Euro NCAP, dengan skor keseluruhan tertinggi bagi kategori SUV besar yang diuji pada tahun 2025. 

Ia dibina dengan tork setinggi 42,000Nm menggunakan 82% keluli berkekuatan tinggi, serta dilengkapi tujuh beg udara untuk perlindungan menyeluruh.

Ciri Smart Pilot Assist termasuk Highway Pilot Assist (HWA) dan fungsi Stop & Go menawarkan pemanduan separa automatik di lebuh raya, manakala sistem kamera 360° memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat. 

Terdapat sembilan mod pemanduan, termasuk lima mod untuk pemanduan off-road, disertakan sistem suspensi double wishbone dan multi-link bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.Zhang Qiang berkata, pihaknya  teruja untuk memperkenalkan smart #5 kepada para pemandu di Malaysia.

“Model ini membuka babak baharu dalam dunia mobiliti elektrik yang menggabungkan kuasa, praktikaliti dan identiti unik yang sinonim dengan jenama smart. 

"Kini tempahan pun telah dibuka, rangkaian pengedar kami di seluruh negara sedia menyambut pelanggan dan memberikan pengalaman pemilikan yang istimewa. Kami menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi antara yang pertama merasai babak baharu mobiliti elektrik bersama smart," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Untuk keterangan lanjut, KLIK!




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
Kereta Baru

14-11-2025
EV

19-09-2025
EV

29-08-2024
EV

14-06-2024
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Kereta Baru

10-11-2025
EV

19-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.