ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Xpeng Pertimbang Pengeluaran CKD Di Malaysia Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_.jpg


Semasa pelancaran rasmi Xpeng G6 2025 yang berlangsung semalam, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Xpeng, mengesahkan bahawa adanya rancangan untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia. Langkah ini dibuat memandangkan pengecualian cukai untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU) akan berakhir pada hujung tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto (BAuto), Datuk Francis Lee berkata kerajaan buat masa ini tidak merancang untuk melanjutkan insentif pengecualian cukai bagi EV CBU bermula tahun 2026. Sehingga kini, semua model Xpeng yang dijual di Malaysia melalui BAuto adalah diimport sepenuhnya dari China, termasuk G6 facelift yang baru dilancarkan.


Berkenaan dengan pelan CKD Xpeng, Datuk Francis memaklumkan bahawa jenama EV yang berpusat di Guangzhou itu telah menyiapkan kajian kebolehlaksanaan untuk memasang kenderaan mereka secara tempatan di Malaysia. Rundingan dengan rakan kongsi tempatan juga sedang dijalankan bagi merealisasikan rancangan ini.


Operasi CKD Mungkin Bermula Hujung 2026


web_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_-2.jpgweb_MA_CariCarz_Xpeng-X9-Launch_-3.jpg


Bermaz Xpeng, pengedar tunggal jenama ini di Malaysia, kini menilai keperluan untuk membawa masuk lebih banyak unit CBU sebelum pengecualian cukai berakhir tahun ini. 


Datuk Francis menjelaskan, “Kami sedang merancang, dan sudah pasti akan membawa masuk beberapa kenderaan untuk mengelakkan kejatuhan jumlah jualan kelak kerana harga kereta akan jadi sangat mahal tanpa insentif.”


Beliau juga menasihati orang ramai yang belum memiliki EV agar membeli sekarang kerana harga dijangka meningkat antara 20-30% di masa hadapan.


WhatsApp-Image-2025-10-01-at-17.44.41_257cacf8-(1).jpg


Menurut Datuk Francis, operasi CKD Xpeng dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2026. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi pemasangan buat masa ini.


xpeng-european-ev-production-at-magna-steyr-s-facility-in-graz-austria.jpg


Jika berjaya, Malaysia bakal menjadi pasaran kedua di Asia Tenggara yang memasang kenderaan Xpeng secara tempatan selepas Indonesia, yang sudah memulakan projek CKD dengan model mewah X9 tahun ini.


Perkembangan Infrastruktur Pengecasan Serantau


Bermaz-Auto-Group-CEO-Datuk-Francis-Lee.jpg


Selain itu, Xpeng turut memulakan usaha memperluaskan infrastruktur pengecasan rentas sempadan menerusi kerjasama bersama Charge+ Singapura. Projek ini membabitkan pembinaan rangkaian pengecasan sepanjang 5,000 km dari Singapura ke Thailand melalui Malaysia.


Baca: Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan


Charge+-Xpeng-(7).jpgCharge+-Xpeng-(5).jpg


Di Malaysia pula, pasukan Xpeng Charging Overseas sedang mengadakan perbincangan dengan pengendali stesen pengecasan tempatan bagi menjalin kerjasama serupa. Sebaik dimuktamadkan nanti, kerjasama ini akan memudahkan pemilik Xpeng mengecas kenderaan dengan integrasi peta pengecasan yang lebih baik.

Baca: Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru

12-01-2026
Global
Global
Kereta Baru

24-09-2025
Global
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.