Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China. Kali ini ia tampil dalam dua versi berbeza, bukan sahaja dari segi rekaan luar dan dalam, tetapi juga trenkuasanya.
Wajah ‘Harimau’ Atau ‘Harimau Bintang,’ Mana Satu Pilihan Hati



Chery Tiggo 8 Pro versi muka harimau
Perbezaan paling ketara antara kedua-dua Tiggo 8 Pro ini terletak pada rekaan wajah hadapannya. Rekaan yang dinamakan ‘Tiger Face’ (harimau) seperti evolusi daripada Tiggo 8 Pro generasi sebelumnya. Ia menampilkan lampu hadapan LED baharu yang tajam dengan DRL berkembar, gril lebih besar dengan sisipan berlian dan dua komponen ambilan udara sisi menegak untuk aerodinamik yang lebih baik.



Chery Tiggo 8 Pro versi muka harimau bintang
Sementara itu wajah depan dengan sentuhan ‘Leopard Face’ (harimau bintang) pula diambil daripada Chery Lepas L8 (spesifikasi China). Ia menampilkan lampu depan jenis LED yang disusun bertingkat (dual-stack) dengan DRL LED halus di bahagian atas. Gril hadapannya lebih tertutup dengan sisipan silang (crosshatch) membuatkannya kelihatan lebih moden moden, menyerupai kenderaan elektrik (EV).




Bahagian luaran yang lain adalah serupa untuk kedua-dua versi, memaparkan profil sisi yang dinamakan 'Hunting Shadow' dengan pemegang pintu jenis terbenam, tiang berwarna hitam dan rim aloi berbilang jejari. Di bahagian belakang, kedua-duanya dilengkapi lampu LED berkelebaran penuh yang halus dengan tulisan 'CHERY' di atasnya.
Kabin Luas & Serba Lengkap
Dari segi dimensi, versi 'Tiger Face' (4,749 mm) sedikit lebih panjang daripada versi 'Leopard Face' (4,725 mm). Walau bagaimanapun, kedua-dua versi berkongsi jarak roda yang sama iaitu 2,825 mm dan lebar 1,880 mm.




Menariknya, Tiggo 8 Pro baharu ini kini hanya ditawarkan dengan konfigurasi lima tempat duduk dua baris untuk pasaran China, bermakna tiada lagi pilihan tujuh tempat duduk tiga baris buat masa ini.
Dari segi teknologi, versi Tiger menampilkan susun atur kokpit 'Dawn Forest Wrap' dengan skrin infotainmen terapung bersaiz besar 15.6 inci di tengah, manakala versi Leopard pula menggunakan sentuhan rekaan yang dinamakan 'Galaxy Jungle Dynamic' yang lebih futuristik dengan skrin infotainmen tengah yang lebih kecil pada kedudukan potret, bersaiz 13.2 inci.




Walaupun berbeza, kedua-dua skrin dipadankan dengan skrin meter digital 10.25 inci yang sama, dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155. Ia menyokong pembantu suara AI, navigasi terbina (built-in) dalam dan integrasi telefon pintar tanpa wayar, termasuk Apple CarPlay.
Kelengkapan lain termasuk pengecas tanpa wayar 50 watt, meja lipat untuk penumpang belakang, sistem audio lapan pembesar suara, tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan dan pengudaraan serta pembatalan bunyi aktif (ENC).
Trenkuasa TGDi Cecah 282 HP


Buat masa ini, Tiggo 8 Pro baharu ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) seperti yang berikut:
- 1.6L TGDi Kunpeng: Dipadankan dengan sistem transmisi DCT 7 kelajuan, menghasilkan kuasa 215 hp (160 kW) dan tork 320 Nm.
- 2.0L TGDi: Dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan, menjana sehingga 282 hp (210 kW) dan tork 430 Nm.
Bergantung kepada varian, pembeli boleh mendapatkan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan tujuh mod pemanduan, serta sistem suspensi magnetik Continuous Damping Control (CDC) yang merupakan sistem sama yang ditawarkan pada Omoda C9 di Malaysia.
Ciri Keselamatan ADAS Falcon 500


SUV ini kini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Falcon 500 terkini daripada Chery, yang membolehkan sokongan pemanduan autonomi Tahap 2, termasuk navigasi pemanduan automatik lebuh raya (NoA) serta fungsi memori dan parkir jarak jauh.
Chery merancang untuk menawarkan pakej keselamatan yang lebih maju, Falcon 700, di masa hadapan, dengan ciri navigasi pemanduan automatik bandar (city NoA) dan parkir valet.
Tiggo 8 Pro generasi kelima kini boleh dibeli di China dengan harga bermula dari CNY 99,900 (~RM58,385) hingga CNY 129,900 (~RM75,918). Memandangkan Chery Tiggo 8 Pro PHEV CSH baru sahaja dilancarkan di Malaysia, mungkinkah model ini akan membuat kemunculannya di pasaran tempatan tahun depan?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?
Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.
21-10-2025
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
