ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi melancarkan dua model baharu, Mazda BT-50 2025  dan Mazda 3 1.5 High Plus 2025 menjelang acara jelajahnya yang akan berlangsung pada minggu ini di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya. 

Selain Mazda 3 1.5 High Plus 2025,  Mazda BT-50 juga diperkenalkan dimana ia diasaskan daripada Isuzu D-Max.

image.png

Bagi versi tahun 2025, ia hadir dalam satu varian BT-50 3.0T 4WD High Plus yang diimport sepenuhnya (CBU). Model ini dijual pada harga  RM138,000 namun tidak termasuk insurans dan kos di jalan raya. Seperti biasa, Bermaz Motor turut menawarkan waranti komprehensif 5 tahun atau 100,000 KM.

Dari segi mekanikal, trak pikap hasil kerjasama Mazda dan Isuzu ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel 3.0-liter 4-silinder daripada Isuzu dimana ia  menghasilkan kuasa setakat 188 hp serta 450 Nm tork.

Kuasa tersebut disalurkan melalui transmisi automatik 6-kelajuan, dipadankan dengan sistem pacuan empat roda (4WD) penuh yang kini dilengkapi mod Rough Terrain yang dipertingkatkan. Ia juga menawarkan fungsi Hill Descent Control (HDC) serta kunci pembeza 4WD (2H, 4H, 4L).

image.png

Dari segi rekaan luaran, Mazda BT-50 versi facelift 2025 tampil dengan reka bentuk gril hadapan baharu berwarna hitam yang menjadi identiti Mazda, lampu depan jenis LED penuh yang menyerupai rekaan Mazda CX-5.

Selain itu, bahagian bampar hadapan turut diberi rekaan semula dengan saluran g udara sisi dan bingkai lampu kabus berwarna hitam, manakala bahagian belakang menampilkan reka bentuk pintu but yang tersendiri serta dipadankan dengan rim aloi dua tona 18 inci yang menambah gaya sporty.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia  kekal menyerlah dengan rekaan kabin unik yang berbeza  daripada Isuzu D-Max kerana iamenonjolkan sentuhan premium khas Mazda. Ia hadir dengan konsol tengah dan susun atur butang kawalan meniru gaya crossover dan sedan Mazda yang popular.

Kabin turut dinaik taraf dengan bahan sentuhan lembut pada papan pemuka dan panel pintu, penebat bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih baik, serta reka bentuk kerusi kulit baharu yang memberikan keselesaan lebih tinggi.

Dari segi kelengkapan, BT-50 kini hadir dengan skrin infotainmen sesentuh 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, ada skrin instrumen digital 7 inci, kawalan suhu automatik dua zon dengan corong udara belakang, port pengecasan USB-C manakala tempat duduk pemandu boleh laras secara berkuasa.

image.pngimage.png

Selain itu terdapat juga kamera undur, serta sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula enjin (keyless entry & ignition).

image.pngimage.png

Dari aspek keselamatan dan bantuan pemanduan, Mazda BT-50 2025 turut dilengkapi sistem i-Activesense ADAS, yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran dan pencegahan pelanggaran hadapan (FCW & AEB), Amaran keluar lorong (LDWS), Amaran tumpuan pemandu (DAA), Pemantauan titik buta (BSM) dan Amaran lintasan trafik belakang (RCTA).

image.png

Mengenai ciri keselamatan, ia terdiri daripada  beg udara, ABS dengan EBD dan BA, kawalan kestabilan dan cengkaman (ESC & TCS), dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, ia hadir dengan lima pilihan warna iaitu Concrete Gray Mica, Vermillion Latosol Mica, True Black Mica, Geode White Pearl dan Sailing Blue Mica

Bahagian dalaman pula hanya hadir dengan tema kulit hitam.

Model ini kini boleh dilihat dan ditempah di semua pengedar sah Mazda di seluruh negara.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2487

SELANGOR

BSQ3648

JOHOR

JYX3064

PULAU PINANG

PSC5034

PERAK

APH6771

PAHANG

CFG6023

KEDAH

KGG2173

NEGERI SEMBILAN

NEK4878

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8435N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

Review Mazda BT-50 2022 | Perbandingan varian 1.9 VS 3.0

2022 Mazda BT-50, track pikap bergaya Kodo! Selain bahagian luar, dalaman yang nampak lebih moden, ciri keselamatan dan engin juga dinaik taraf. Jom tengok apa bezanya antara varian 1.9 dan 3.0 Mazda BT-50 2022 dengan Caricarz hari ni!

17-10-2022
Global

Mazda 2 & CX-3 Terima Sistem Infotainmen Terbaru Di Jepun

Hatchback Mazda 2 dan SUV crossover CX-3 dikemaskini di negara Jepun.

27-09-2023
Berita Auto

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023
Berita Auto

Mazda 2 Versi Hibrid Bakal Masuk Pasaran Eropah

Mazda 2 Hybrid akan mula dijual di pasaran pada bila-bila masa sahaja.

23-02-2022
Gambar

2020 Mazda 2 Gallery

2020 MAZDA 2

19-02-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.