GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Toyota Veloz Hybrid (HEV) yang merupakan model hibrid Toyota ketiga dan dibangunkan sendiri di Indonesia turut dilancarkan pada ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai model ini masih belum didedahkan namun beberapa laman berita di Indonesia mendedahkan bahawa model ini menggunakan trenkuasa sama seperti model Vios (Yaris Ativ) HEV dan Yaris Cross HEV.

Jadi, ini bermakna MPV crossover tiga baris tempat duduk ini menggunakan enjin petrol 1.5-liter 4-silinder yang dipadankan dengan motor elektrik dan bateri kompak 0.7 kWh. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan setakat 111 PS.
Tidak ketinggalan, ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik E-CVT Toyota.
Laman berita secara dalam talian di Indonesia turut melaporkan bahawa varian tertinggi hadir dengan pakej ADAS TSS (Toyota Safety Sense) daripada pengeluar tersebut.

Selain itu, tidak banyak butiran yang diketahui teruatama dari segi spesifikasinya.
Begitupun, varian hibrid baharu ini dijangka hampir menyerupai kembarnya yang bukan hibrid dari segi pelbagai aspek.
Mengenai harga, Toyota menawarkan harga istimewa kepada pembeli awal sehingga hujung tahun ini dimana harga Veloz Hybrid baharu dijual pada harga 299 juta Rupiah (RM74,533) untuk gred V, 335 juta Rupiah (RM83,507) untuk gred Q, 350 juta Rupiah (RM87,246) untuk gred Q Modellista, dan 390 juta Rupiah (RM97,217) untuk gred Q TSS Modellista.
Harga ini menjadikan MPV crossover tiga baris berasaskan DNGA yang kini elektrifikasi ini lebih murah berbanding crossover kompak Yaris Cross Hybrid yang ditawarkan pada harga 437 juta Rupiah (RM108,933).

Sejurus pelancarannya di Indonesia, ada kemungkinan besar Toyota Veloz HEV ini akan menembusi pasaran Malaysia. Pada masa ini, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menawarkan tiga model HEV elektrifikasi iaitu Camry, Innova Zenix dan Corolla Cross.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge