ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Untuk makluman, Ora Good Cat GT dijual pada harga RM119,800 manakala Ultra, RM109,800.  Melihat kedua-dua model ini, ia kelihatan sama namun GT kelihatan lebih sporty. 

image.png

Varian Good Cat GT menerima pelbagai elemen sporty untuk membezakannya dari versi standard. Antaranya adalah penambahan bampar dan spoiler belakang yang ranggi. Selain itu,ia turut didatangkan dengan rim aloi eksklusif GT 18 inci.

image.png

 Kedua-dua bahagian, dalaman dan luaran diberikan aksen kuning yang menyerlahkan lagi aura sporty model ini seolah-olah sebuah kereta lumba.

image.pngimage.png

Pendek kata, model Ora Good Cat GT merupakan versi lebih sporty yang menampilkan pelbagai penambahbaikan gaya dan prestasi bagi menepati lencana “GT”. Reka bentuk luarannya kini lebih garang dengan kit badan GT eksklusif, termasuk bampar agresif dan sayap belakang, kemasan hitam berkilat,  serta dua pilihan warna — Aqua Grey dan Sun Black.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya,  tema sporty itu diteruskan dengan  kehadiran kerusi sport GT  suede dengan jahitan kuning, menggantikan kemasan kulit sintetik pada model standard. Ciri-ciri lain masih dikekalkan seperti paparan digital 7 inci, skrin sentuh infotainmen 10.25 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, serta pengecas tanpa wayar 50-watt.

image.pngimage.png

Apa yang penting, model GT mendapat peningkatan prestasi, dengan motor FWD tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 171 PS dan 250 Nm, serta dilengkapi fungsi launch control. Model ini masih menggunakan bateri berkapasiti LFP 57.7 kWh yang sama, namun dengan jarak NEDC sedikit berkurang kepada 460 km.

Mengenai Ora Good Cat Ultra 2025, ia dilihat masih mengekalkan reka bentuknya yang comel  bergaya retro seperti model terdahulu. Kereta   hatchback berebntuk bulat yang diinspirasikan daripada Volkswagen Beetle ini  hadir dengan lampu utama LED bulat, rim aloi lima jejari bersaiz 18 inci, dan reka bentuk hatchback bulat yang diinspirasikan daripada Volkswagen Beetle.

image.pngimage.png

Dari segi warna, model ini kini menawarkan pilihan warna baharu So Blue dengan bumbung dan rim hitam, selain warna sedia ada seperti Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat dan Pistachio Green.

image.pngimage.png

Malah, model ini hadir dengan kelengkapan dalaman yang hampir sama seperti model sebelumnya, memandangakan ia dilengkapi dengan skrin  instrumen digital 7 inci, skrin sentuh infotainmen 10.25 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, pengecas tanpa wayar 50-watt, sokongan aplikasi mudah alih My GWM, kerusi pemandu laras kuasa dengan kemasan kulit sintetik, serta beberapa pilihan warna dalaman seperti Hijau-Kelabu, Perang-Putih, dan Hijau-Putih.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia masih dijana oleh motor elektrik FWD tunggal dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 143 PS dan 210 Nm, dengan kelajuan maksimum sehingga 150 km/j. Motor ini mendapat bekalan tenaga daripada bateri LFP 57.7-kWh, yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 480 km (NEDC) dan boleh dicas menggunakan pengecas DC 60 kW (30-80% dalam 38 minit) atau pengecas AC 6.6 kW.

image.png

Dari segi ciri keselamatan, kedua-dua model Ora Good Cat dan Good Cat GT dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS menyeluruh, termasuk Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif,  Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Amaran Lencong, Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Lintasan Belakang (RCTA), 6 beg udara, dan banyak lagi.


Bagi setiap pembelian ORA Good Cat, pengguna ditawarkan dengan waranti kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, waranti bateri selama 8 tahun atau 180,000 km dan akej servis percuma 5 tahun.

image.png

Sehubungan itu, Ora Good Malaysia menawarkan tawaran Early Bird dimana jika anda membuat tempahan sebelum 31 Disember ini, anda layak mnerima diskaun sebanyak RM3,000.'

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4954

SELANGOR

BSR6729

JOHOR

JA4465J

PULAU PINANG

PSD8791

PERAK

APJ9277

PAHANG

CFH1899

KEDAH

KGH1474

NEGERI SEMBILAN

NEK9536

KOTA KINABALU

SJT1343

KUCHING

QAB2164P

Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.