ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas Thailand dan United Kingdom, Jaecoo J5 elektrik yang merupakan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) pula dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Di pasaran Indonesia,  SUV elektrik segmen-B ini ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula serendah  249.9 juta rupiah (RM62,949) untuk varian Standard dan  299.9 juta rupiah (RM75,544) untuk varian Premium tertinggi.

image.png

Bagaimanapun, harga yang dinyatakan di atas adalah harga early-bird yang terhad kepada 1,000 pembeli pertama sahaja.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian ini menggunakan trenkuasa yang sama, selain menampilkan pek bateri berkapasiti  60.9 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 461 km mengikut piawaian NEDC. Kuasa hamburan yang disalurkan melalui motor pacuan roda hadapan (FWD) menyebabkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 208 hp (155 kW) dan 288 Nm, selain mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 7.3 saat.


Dari segi pengecasan, J5 EV versi Indonesia menyokong pengecasan AC dan DC, dengan kadar pengecasan pantas DC sehingga 130 kW — membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam masa 28 minit. Seperti kebanyakan EV lain, J5 EV juga dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) pada kadar 3.3 kW, menjadikannya seolah-olah “power bank” gergasi mudah alih.

Menjengah luarannya, J5 EV pasaran Indonesia kelihatan hampir sama seperti dengan versi Thailand. Ia hadir dengan  gril dengan lampu utama LED berbentuk segi empat, lampu belakang LED yang nipis, rim aloi 18 inci dengan penutup jejari aerodinamik.

Dari segi dimensi, J5 EV berukuran 4,380 mm panjang, 1,860 mm lebar, dan 1,650 mm tinggi dengan jarak roda 2,620 mm, meletakkannya setara dengan EV crossover segmen-B popular lain seperti MG S5 EV, BYD Atto 2, dan Chery Omoda E5 daripada kumpulan yang sama di Wuhu.

image.png

Sementara itu, bahagian kabinnya pula menawarkan  skrin infotainmen tengah 13.2 inci, panel meter digital 8 inci, kerusi depan berkuasa dan berpengudaraan dengan kemasan kulit sintetik, sistem audio lapan pembesar suara, lampu ambien, bumbung suria berkuasa, dan banyak lagi.

image.png

Walaupun Thailand dan Indonesia sudah menerima Jaecoo J5 EV, Malaysia setakat ini hanya disahkan menerima versi enjin pembakaran dalaman (ICE), yang dijangka dilancarkan menjelang hujung tahun ini dengan anggaran harga sekitar RM120,000.

Namun adakah  Omoda | Jaecoo Malaysia akan mempertimbangkan untuk menawarkan J5 EV bersama versi ICE, atau adakah lebih baik jika varian hibrid diperkenalkan terlebih dahulu?

Apa pula pandangan anda? Kongsikan!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-08-2025
Global

19-10-2024
EV

14-08-2025
Berita Auto

21-03-2025
Berita Auto

17-02-2025
Kereta Baru

06-02-2025
Berita Auto

03-02-2025
Berita Auto

17-01-2025

Berita Terkini

EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV
Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS  Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.