Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan insiden mendapan permukaan jalan di Jalan Bonus, Masjid India, Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada gangguan pada kestabilan struktur turapan di kawasan berkenaan.
DBKL berkata, hasil siasatan mendapati mendapan itu berlaku secara setempat yang menandakan terdapat gangguanpada kestabilan struktur turapan di kawasan berkenaan.
"Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada jam 6 petang.
"Jadi, Jalan Masjid India yang ditutup pagi tadi bagi langkah keselamatan sudah dibuka semula kepada laluan awam," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, DBKL memaklumkan akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi dan kawasan sekitar.
"DBKL menegaskan keselamatan orang awam adalah keutamaan dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama serta pematuhan arahan keselamatan sepanjang kerja pemulihan dijalankan," katanya.
Media tempatan melaporkan , satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku sekitar Masjid India tetapi kali ini di Jalan Bonus, Kuala Lumpur, semalam.
DBKL dalam kenyataan dilapor berkata, Jalan Masjid India sudah ditutup kepada orang awam atas faktor keselamatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.
12-12-2025
Kereta Dihempap Pokok, Seorang Lelaki Terkorban
Lagi maut angkara pokok tumbang, ini bukan kejadian pertama di ibu negara.
23-10-2025
5 Jalan Di KL Ditutup Sempena Bazar Deepavali
Warga kota diminta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
02-10-2025
Isu Tak Kapit Tayar Kereta Mewah: Ini Penjelasan DBKL
DBKL perjelas isu tak kapit tayar kenderaan mewah.
18-11-2024
KL Lumpuh, Banyak Jalan Dinaiki Air
Beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar dinaiki air disebabkan hujan lebat.
15-10-2024
Tanah Mendap Di KL, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa
Kejadian tanah mendap itu berlaku disebabkan paip pecah.
24-09-2024
Jalan Merekah Di Kampung Attap, KL
Sekeping gambar tular di media sosial yang menunjukkan sebatang jalan raya merekah.
29-08-2024
DBKL Batal Ambang Merdeka
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan.
29-08-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat