Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?
-full_normal.jpg)
Walaupun baru sahaja membuat penampilan sulung di pasaran kurang setahun, kenderaan elektrik (EV) hatchback Geely EX2 dilaporkan sudah menerima kemas kini yang membabitkan perubahan kecil di China.
Dikenali di pasaran domestiknya sebagai Geely Xingyuan, EV ini telah ‘mengungguli carta’ sebagai model terlaris di China, dengan jualan mencecah 387,590 unit dalam tempoh hanya 10 bulan dari Januari hingga Oktober 2025.
Apa Perubahan Luaran Yang Paling Ketara Pada EX2 Baharu?
-full_normal.jpg)
Foto intipan yang diterbitkan oleh Autohome menunjukkan bahawa reka bentuk luaran Geely EX2 masih kekal sama. Perubahan yang ketara hanyalah rekaan rim gaya aero baharu.
Spesifikasi luaran lain seperti panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, bentuk lampu yang bujur, tiang yang dihitamkan dan pemegang pintu jenis terbenam semuanya dikekalkan seperti model sedia ada.
Ada Perubahan Dalam Kabin?
-full_normal.jpg)
Bahagian kabin diberikan perubahan lebih besar. Pemilih gear kini telah dialihkan dari konsol tengah ke bahagian stereng, melapangkan lagi ruang tengah.
Stereng turut menampilkan logo Geely Galaxy, menggantikan tulisan Geome, selain mengguna pakai bentuk terkini. Turut diubah ialah butang fizikal pada konsol tengah, suis kawalan tingkap dan panel pintu. Walau bagaimanapun, skrin infotainmen 14.6 inci dan kluster instrumen 8.8 inci masih sama seperti pada model sebelum ini.
Apakah Pilihan Sistem Trenkuasa EX2 di China?
-full_normal.jpg)
Butiran trenkuasa bagi EX2 facelift ini masih belum disahkan. Namun, trenkuasa sedia ada di China terdiri daripada dua pilihan iaitu:
- Varian Asas: Motor 58 kW dengan bateri LFP 30.12 kWj, menawarkan jarak perjalanan 310 km (CLTC).
- Varian Tertinggi: Motor 85 kW dipadankan dengan pek 40.16 kWj, menawarkan jarak perjalanan sehingga 410 km (CLTC).
Harga jualan Geely EX2 di China bermula dari RMB 68,800 (~RM40,000).
Adakah e.MAS 5 Akan Terima Naik Taraf Sama?
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Berita perubahan yang dibuat pada EX2 ini menimbulkan persoalan sama ada kembarnya, e.MAS 5, yang baru sahaja dilancarkan kurang sebulan lalu di Malaysia dalam versi import sepenuhnya (CBU) akan turut menerima perubahan sama?
Situasi ini agak rumit, kerana walaupun e.MAS 5 dirancang untuk dipasang secara tempatan (CKD) menjelang suku pertama 2026, kemungkinan untuk menerima versi facelift ini dalam masa terdekat adalah sangat tipis. Ini kerana program CKD memerlukan perancangan yang rapi, memakan masa berbulan-bulan lebih awal.
Proton dijangka akan mengutamakan kestabilan awal pemasangan tempatan dengan menggunakan konfigurasi asal model pelancaran e.MAS 5, dan bukannya mengejar kitaran kemas kini yang sangat laju di China.
Tetapi harapan kemunculannya tidaklah ditolak 100%, kerana sekiranya Geely menetapkan perubahan yang dibuat ini sebagai sebuah kemas kini global, Proton berkemungkinan besar akan turut menyerap perubahan ini, mungkin sebaik operasi CKD e.MAS 5 di Malaysia mula stabil.
Sumber: CarNewsChina
Juga Menarik: Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge