- Berita
- Berita Auto
- Musim Banjir: Proton Lancar Program Bantuan Banjir 2025, Ringankan Bebas Pemilik Proton Terjejas
Musim Banjir: Proton Lancar Program Bantuan Banjir 2025, Ringankan Bebas Pemilik Proton Terjejas
-outlets.jpg)
PROTON melancarkan Program Bantuan Banjir 2025 untuk membantu pemilik kenderaan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Program ini sudah bermula sejak dua hari lepas dan akan berakhir pada 31 Mei ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa menyifatkan pihaknya menyedari kereta yang rosak akibat banjir memang menjejaskan rutin harian,.
"Ramai pemilik perlukan bantuan cepat yang mereka boleh percayai. Jadi, Program Bantuan Banjir 2025 yang ini ditawarkan untuk membantu meringankan kos dan memastikan pelanggan menerima sokongan yang tepat agar kenderaan mereka dapat dibaiki dengan jelas dan teratur sepanjang musim monsun ini,” katanya.
Di bawah program ini, pelanggan yang dilindungi oleh Proton Insurance Programme (PIP) layak menerima:
• Diskaun 50% untuk alat ganti terpilih bagi model Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES)
• Diskaun 25% untuk alat ganti terpilih bagi model X dan S70
• Diskaun 25% untuk upah bagi semua model
Bagaimanapun, pelanggan tanpa PIP turut menikmati:
• Diskaun 30% untuk alat ganti terpilih bagi model PIES
• Diskaun 15% untuk alat ganti terpilih bagi model X dan S70
• Diskaun 25% untuk upah bagi semua model

Sehubungan itu, pemilik kenderaan yang terjejas digalakkan untuk mengunjungi pusat servis PROTON yang terdekat apabila keadaan sudah selamat.
Juruteknik terlatih akan menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan kerja pembaikan berdasarkan struktur program ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1 800 88 8398.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat