Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

Perhatian buat penumpang yang telah membeli tren MySawasdee No.1004 dari KL Sentral ke Hatyai pada 28 November ini kerana perkhidmatan tersebut dibatalkan serta-merta gara-gara banjir teuk yang melanda negara jiran itu.
Malah, tren MySawasdee No.1005 dari Hatyai ke KL Sentral pada 1 Disember 2025 ini turut dibatalkan.
KTMB berkata pembatalan tersebut berikutan penutupan landasan kereta api di beberapa kawasan antara Padang Besar dan Hatyai akibat banjir yang melanda wilayah tersebut
Keputusan ini dibuat selepas penilaian keselamatan dan operasi serta pengesahan daripada pihak berkuasa Thailand, dengan mengambil kira keselamatan penumpang sebagai keutamaan.
“Sebanyak 840 tiket telah ditawarkan bagi kedua-dua perjalanan tersebut. Pada masa ini, seramai 652 penumpang masih belum membuat pembatalan tiket.

“Bagi pembelian tiket dalam talian, penumpang boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KITS dengan memilih menu MyTicket → Upcoming Ticket → Refund dan akan menerima pemulangan tambang penuh secara serta-merta ke dalam KTM Wallet untuk kegunaan pembelian tiket pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, KTMB memaklumkan, seramai 188 penumpang bagi kedua-dua laluan yang telah membuat pembatalan awal juga layak menerima baki pemulangan tambang.
Bagaimanapun, bagi jadual dan tarikh perjalanan perkhidmatan MySawasdee yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan dan situasi semasa di Hatyai.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan,hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge