Persatuan Pengusaha Lori Minta Menteri Jawab 26 Tuntutan Dalam Masa 48 Jam!

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori SeMalaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Lori SeMalaysia memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk menjawab 26 perkara dituntut dalam memorandum yang diserahkan, semalam.
Memetik kenyataan Sinar Harian, aktivis sosial yang mewakili kedua-dua persatuan berkenaan, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, kerajaan melalui kementerian diterajui Anthony perlu mengkaji semula beberapa pelaksanaan undang-undang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didakwa menekan kumpulan berkenaan.
Antara perkara utama yang dituntut supaya dikaji semula ialah mata demerit, saman permit majikan, had masa operasi, penyelarasan had berat dengan muatan (BDM), penyelarasan had ketinggian muatan dan pengurangan saman kepada kadar yang minimum semasa.

“Berkali-kali saya sudah katakan kita bukan ugut (tapi) kita hendak serah memorandum. Kenapa seorang wakil rakyat, seorang menteri penuh yang mendapat gaji daripada rakyat cukup lumayan saya percaya lebih RM60,000 tidak turun?
“Maka saya bagi 48 jam kepada Menteri Anthony Loke bagi jawapan. Pengusaha lori merana, lori disita, lori dilucutkan hak. Undang-undang apa ini? undang-undang tidak masuk akal,” katanya selepas selesai penyerahan memorandum dan Perhimpunan Solidariti 1.0 di hadapan pintu masuk Parlimen pada Rabu.
Memorandum berkenaan diterima oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan (Seksyen Operasi) JPJ, Mejar (B) Adli Azmi Ahmat bagi pihak Anthony.
Mengulas lanjut, Kalai Vanar yang juga Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SBKN) berkata, perhimpunan yang dibuat itu bukan bertujuan menentang kerajaan, sebaliknya mengharapkan dasar dan peraturan yang membebankan pengusaha lori serta pemandu diteliti semula.
Ditanya sekiranya tuntutan yang dibuat itu tidak mendapat maklum balas seperti yang dikehendaki, beliau memberi amaran perhimpunan lebih besar akan dibuat selepas ini.
“Kalau tidak layan (tuntutan memorandum) ada lagi (perhimpunan) 2.0. Mereka yang ajar kita tapi kita ada adab, tidak gulingkan kereta polis, tidak rosakkan harta kerajaan tapi kita ada cara betul,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sah! LRT 3 Beroperasi 31 Disember Ini, Kata Menteri Pengangkutan
LRT3 yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini.
18-11-2025
LRT Laluan Mutiara Dipanjangkan, Maka Kos Pembinaan Bertambah Mahal
Jajaran laluan projek transit aliran ringan (LRT) laluan Mutiara yang semakin panjang dari bahagian Pulau hingga menyeberangi Seberang Perai akan menyebabkan kos pembinaan semakin mahal.
10-11-2025
Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal
MoT menafikan gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA Sepang berpunca akibat kegagalan sistem perkhidmatan berkenaan.
07-07-2025
Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah
Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.
12-06-2025
Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri
Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.
05-06-2025
Maut Digilis LRT: MOT Arah Prasarana Pasang Pintu Keselamatan Di Semua Stesen
MOT mengarahkan Prasarana mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen LRT.
04-06-2025
"Jangan Guna Runner Untuk Pemeriksaan Puspakom, - MoT
Isu membabitkan ‘runner’ ketika pemeriksaan di Puspakom hanya akan membahayakan keselamatan pemandu serta penumpang.
19-02-2025
Kerajaan Lanjut Inisiatif Kadar Tambang RM499 Untuk Musim Perayaan
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum sebanyak RM499 pada musim perayaan
03-12-2024
Berita Terkini
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat