ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi. Bagaimanapun, model Golf R-Line ini tersedia untuk pratonton sahaja.

Golf R-Line yang diinspirasikan daripada model berprestasi tinggi Volkswagen R,dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian  luaran Golf R-Line menampilkan gaya tersendiri dengan elemen rekaan eksklusif. Ia hadir dengan bampar belakang ‘R-Line’ dengan paip ekzos krom di kiri dan kanan, serta side skirt ‘R-Line’ yang menyerlahkan dengan gaya sporty.

Sementara itu, bahagian kabinnya pula menawarkan identiti sporty R-Line iaitu pelapik bumbung hitam ‘R-Line’ (Black Headliner), pedal keluli tahan karat (Brushed Stainless Steel), stereng sport multi fungsi ‘R-Line’ dibalut kulit dengan butang fizikal untuk rasa kawalan lebih semula jadi.

Malah, papan pemuka dan panel pintu hadapan juga diberi kemasan carbon grey, upholsteri fabrik ‘R-Line’ di untuk kerusi hadapan dan kemasan ‘Artvelours’ pada tempat duduk belakang.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, sistem audio dengan tujuh pembesar suara mudah dikawal melalui antaramuka infotainmen yang intuitif.

Terdapat dua port USB-C di hadapan dan belakang, membolehkan pemandu serta penumpang mengecas peranti mereka dengan mudah sepanjang perjalanan.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasa, Golf R-Line dikuasakan oleh enjin 1.5 eTSI (mHEV) turbo mild-hybrid (150PS, 250Nm) bersama transmisi DSG 7-kelajuan dengan sistem “shift-by-wire”.'

Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.6 saat dengan penggunaan bahan api sekitar 5.2L/100km, serta menawarkan kecekapan dan kestabilan pemanduan yang lebih mantap.

image.png

Golf R-Line akan dipamerkan di Auto Car Expo (ACE) 2025 yang akan berlangsung pada 8 dan 9 November 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). Pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, termasuklah Tiguan Allspace, Touareg yang memenangi anugerah serta Golf GTI.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4246

SELANGOR

BSU4734

JOHOR

JF9284J

PULAU PINANG

PSG5180

PERAK

APM3397

PAHANG

CFJ1526

KEDAH

KGJ5027

NEGERI SEMBILAN

NEM3206

KOTA KINABALU

SJU5975

KUCHING

QAB7695P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-08-2022
Kereta Baru

08-10-2025
EV

07-10-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

09-08-2024
Kereta Baru

20-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.