Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC

PROTON memeterai perjanjian dengan Institut Robotik & IoT Automotif Malaysia (MARii) untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC), selain memberi peluang kepada 200 jurutera dan kakitangan teknikal R&D PROTON untuk menimba pengalaman.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, perjanjian dengan MARii memperkukuh komitmen PROTON terhadap industri automotif negara selain menyumbang ke arah pencapaian matlamat Rancangan Induk Perindustrian Negara.
"Kami percaya NATC berpotensi besar dalam melahirkan teknologi dan model baharu, serta membantu merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai kuasa automotif serantau,” katanya.

Perjanjian dimeterai selama lima tahun itu untuk berkongsi kemudahan ujian bagi menyokong pembangunan NATC. Melalui perjanjian ini, PROTON akan menamakan Litar Ujian Separuh Kelajuan Tinggi di Shah Alam dan makmal ujian R&D di Tanjong Malim sebagai sebahagian kemudahan di bawah NATC.
Selain itu, PROTON dan MARii akan bekerjasama dalam membangunkan sebuah kemudahan baharu NATC, dengan kedua-dua pihak akan menyumbang kepada kos pembinaannya.
Sebagai pusat ujian bertaraf industri, NATC akan dibuka kepada pengeluar (OEM), pemain industri, institusi penyelidikan serta institusi pengajian tinggi untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan bersama. Operasi pusat ini akan diketuai oleh MARii dengan sokongan pelbagai pihak berkepentingan termasuk PROTON.


Kerjasama ini juga mensasarkan pembangunan 200 bakat R&D PROTON yang akan memainkan peranan penting dalam pembangunan produk dan komponen masa hadapan, terutamanya yang berkaitan dengan kenderaan tenaga baharu (NEV).
Dalam jangka masa panjang, inisiatif ini akan menyokong usaha menjadikan Lembah Teknologi Automotif Tinggi (AHTV) sebagai hab serantau bagi pembangunan dan pengeluaran model serta komponen NEV.
Sementara itu,, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz berkata, pihaknya komited menyokong agenda perindustrian negara seperti yang dirancang dalam Rancangan Induk Perindustrian Negara 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).
"Kerjasama ini memperkukuh keupayaan Malaysia dalam mobiliti generasi baharu menerusi perkongsian kemudahan ujian, pembangunan R&D yang tersusun serta peluasan kapasiti kejuruteraan bagi kenderaan tenaga baharu,” jelasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3429
SELANGOR
BST3544
JOHOR
JD3997J
PULAU PINANG
PSF2094
PERAK
APL1451
PAHANG
CFH5849
KEDAH
KGH7821
NEGERI SEMBILAN
NEL6304
KOTA KINABALU
SJT8147
KUCHING
QAB4849P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian
Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.
23-09-2024
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat
MARii menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.
16-10-2023
MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif
MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).
21-09-2023
MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia
Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.
15-05-2023
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.
02-05-2023
Berita Terkini
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat