ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu namun tahukah anda, laluan memasuki Jalan Genting Highlands bukannya Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

image.png

Menurutnya, kementeriannya mengambil maklum mengenai isu yang sedang menjadi perhatian itu dan memahami kebimbangan orang ramai.

"Berdasarkan semakan awal KKR serta maklumat yang diterima, laluan yang dimaksudkan bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

"Bagaimanapun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.

"Buat masa ini, KKR tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas laluan berkenaan,"katanya dalam satu kenyataan

Sebelum ini, media tempatan  melaporkan Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan.

Genting Malaysia menegaskan bayaran bagi menggunakan jalan persendirian itu adalah perlu memandangkan kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer dan cerunnya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1098

SELANGOR

BST6859

JOHOR

JE2496J

PULAU PINANG

PSF5417

PERAK

APL4629

PAHANG

CFH7313

KEDAH

KGJ1097

NEGERI SEMBILAN

NEL8375

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5611P

Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Caj e-Hailing KLIA?

Caj E-Hailing KLIA Diseragamkan RM2, Trafik Lebih Lancar.

16-09-2026
Berita Auto

33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman

Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.

15-09-2026
Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.

14-09-2026
Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.