Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
-full_normal.jpg)
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung penggunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
Baru-baru ini, penganalisis pasaran memberi amaran bahawa infrastruktur pengecasan awam masih jauh ketinggalan daripada kadar sebenar yang diperlukan untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat.
Penganalisis RHB Investment Bank, Iftaar Hakim Rusli, memetik data daripada Rangkaian Pengecasan Kenderaan Elektrik Malaysia (MEVNet) mendedahkan bahawa Malaysia kini mempunyai 4,161 petak pengecasan EV (EVCB) yang aktif beroperasi, dengan rancangan penambahan 4,477 EVCB di masa akan datang, lapor NST pada 20 November lalu.
Data Tidak Tepat
Bagaimanapun, hasil penelitian kami, data daripada MEVNet ini tidak dikemaskini sejak Mac 2025, ini berbeza dengan maklumat terbaru yang dikongsikan oleh Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA) yang menyatakan bahawa kini terdapat sejumlah 5,109 EVCB di seluruh negara yang merangkumi 1,694 unit pengecas pantas DC dan 3,415 unit pengecas AC. Ini meletakkan nisbah pengecas-ke-EV semasa di Malaysia pada kira-kira 1:14.
-full_normal.jpg)
Angka ini jauh daripada penanda aras ideal MyZEVA iaitu 1:8 yang ditetapkan pada Disember 2024. Walaupun Malaysia sempat mencatatkan peningkatan seketika daripada nisbah 1:11 (suku ketiga 2024) kepada 1:10 (suku keempat 2024), situasi ini kini semakin merosot kerana jualan EV terus mengatasi kelajuan pelancaran pengecas.
Siapa Sebenarnya Yang Menggunakan Pengecas Awam?
-full_normal.jpg)
Walaupun jurang nisbah ini melebar, kesesakan atau barisan panjang di pengecas awam masih jarang berlaku buat masa ini. Ini kerana kebanyakan pemilik EV sedia ada tinggal di rumah kediaman bertanah dengan akses kepada sistem pengecasan peribadi, ini bermakna mereka tidak terlalu bergantung kepada infrastruktur awam.
Selain itu, kebanyakan isi rumah memiliki lebih daripada satu kenderaan, yang bermakna, masih ramai memilih untuk menggunakan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) atau hibrid untuk perjalanan jarak jauh. Ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan ke atas rangkaian pengecasan.
Gelombang Pembeli Baharu Bakal Ubah Dinamik
Dinamik pasaran ini bagaimanapun dijangka berubah tidak lama lagi. Dengan kemasukan model EV yang lebih mampu milik daripada jenama tempatan iaitu Proton dan Perodua, permintaan di masa hadapan dijangka akan semakin meningkat dan didominasi oleh pembeli muda dan mereka yang tinggal di kawasan bandar.
-full_normal.jpg)
Pengguna baharu ini cenderung untuk tinggal di kediaman bertingkat dan bergantung sepenuhnya kepada kemudahan pengecasan yang dikongsikan bersama. Ini secara tidak langsung, meningkatkan kadar penggunaan stesen awam dengan ketara.
Contoh yang jelas dapat dilihat di kondominium salah seorang penulis Carz.com.my sendiri. Pada mulanya, tiada penduduk memiliki EV. Namun, selepas dua unit pengecas awam ChargeSini dipasang, lebih 20 penduduk bertukar kepada EV dalam tempoh setahun, mendorong penambahan dua pengecas lagi. Ini menunjukkan bahawa kebolehdapatan pengecas adalah faktor penting yang melahirkan permintaan, bukan sebaliknya.
Kekangan Grid Elektrik Membantutkan Pembangunan
Cabaran dalam pembangunan infrastruktur masih sukar ditangani. Iftaar Rusli mendedahkan bahawa kapasiti grid elektrik adalah kekangan terbesar dalam usaha pemasangan pengecas pantas DC, yang memerlukan naik taraf yang mahal dan memakan masa lama.
-full_normal.jpg)
Hal ini mengehadkan pemasangan di pusat beli-belah, tapak komersial dan terutamanya di kediaman bertingkat. Selain itu, di lokasi-lokasi ini, isu mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan, penggunaan infrastruktur elektrik secara berkongsi dan kebimbangan keselamatan menambahkan lagi cabaran.
Matlamat 10,000 Pengecas Semakin Tidak Masuk Akal?
Pendaftaran EV telah mencapai 26,928 unit setakat September, melepasi jumlah keseluruhan 21,789 tahun lalu dan melonjakkan penembusan EV kepada 5.64% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV).
-full_normal.jpg)
Namun, jika dilihat daripada sudut kerajaan, kemajuan yang dibuat masih samar. Walaupun banyak pengumuman penubuhan majlis, jawatankuasa dan pasukan khas EV dibuat, tiada garis masa yang jelas, tiada kemajuan yang ketara dan tiada semakan semula sasaran 10,000 pengecas menjelang akhir 2025 dibuat, menjadikan matlamat yang disasarkan semakin ‘terputus’ daripada realiti sebenar.
Lonjakan Harga & Harapan CKD Mampu Milik
RHB turut menjangkakan akan berlaku lonjakan jualan akhir tahun kerana pengecualian cukai untuk EV import sepenuhnya (CBU) bakal tamat pada akhir Disember ini. Pemain industri memberi amaran bahawa harga kenderaan EV boleh meningkat antara 15 hingga 30% setelah pengecualian cukai ini berakhir. Di samping itu, cukai jalan EV akan dikuatkuasakan semula mulai tahun hadapan, namun insentif pemasangan tempatan (CKD) masih diteruskan sehingga 2027.
-full_normal.jpg)
Momentum pasaran, bagaimanapun, kekal kukuh. Model mampu milik seperti Proton e.MAS 5 pada harga RM59,800 dan EV Perodua yang mungkin akan dipasarkan di bawah RM80,000, dijangka akan memacu penerimaan terhadap EV.
Untuk berdepan dengan lonjakan ini, penganalisis memberi amaran bahawa tanpa pelan pengecasan nasional yang lebih telus dan tersusun, Malaysia berisiko mengulangi senario seperti Thailand, di mana nisbah pengecas-ke-EV berada pada 1:60 pada tahun 2024.
Baca: Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5658
SELANGOR
BSR5062
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6757
PERAK
APJ7309
PAHANG
CFH1267
KEDAH
KGG9522
NEGERI SEMBILAN
NEK8723
KOTA KINABALU
SJS9761
KUCHING
QAB1761P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat