ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SPYSHOT: Proton e.MAS 7 PHEV Sedang Diuji, Bakal Dilancar Tahun Depan?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Seorang pembaca Carz.com.my telah berkongsi beberapa gambar model Proton e.MAS versi PHEV yang dikatakan akan tiba di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

Gambar itu dirakam ketika Proton e.MAS 7 yang diselubungi dengan pelekat penyamaran berwarna hitam, putih, menelusuri laluan Lebuhraya Elite berhampiran Putrajaya, semalam.

image.png

Biarpun, unit itu ditutupi dengan pelekat namun reka bentuk Proton e.MAS 7 sememangnya mudah dicam.

Lagipun, difahamkan  Proton sudah pun  mendaftarkan tanda dagangan ‘e.MAS 7 PHEV’ pada September 2024, yang sudah memberikan petunjuk bahawa Proton e.MAS 7 PHEV akan dijual di Malaysia.

Begitupun, Proton masih mengunci mulut mengenai tarikh sebenar bila varian varian PHEV (petrol-elektrik) ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Melihat kepada prestasi jualan versi elektriknya, kami menjangkakan versi PHEV ini akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Berbalik kepada Proton e.MAS 7 elektrik, ia  dibina berasaskan Geely EX5 (Galaxy E5), manakala varian PHEV ini pula dibangunkan berdasarkan model yang dipasarkan di China sebagai Galaxy Starship 7 PHEV sejak November 2024.

Untuk makluman, Galaxy Starship 7 PHEV dibina menggunakan platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), sama seperti E5 dan e.MAS 7. Ia turut dikuasakan oleh rangkaian kuasa PHEV terkini Geely, iaitu NordThor EM-i.

image.png

Starship 7 ini disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder NA yang mana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 110 HP dan 136 Nm serta digandingkan dengan transmisi hibrid khas 11-ke-1 (e-DHT) yang merangkumi motor ISG (integrated starter-generator) dan motor pemanduan elektrik khusus.

Untuk itu, Starship 7 dikatakan mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam masa 7.5 saat dan kelajuan maksimum elektronik terhad kepada 180 km/j.

Dari segi jarak perjalanan dan penggunaan bahan api, model asal berlogo Geely tersebut menawarkan jarak elektrik penuh CLTC sehingga 101 km bagi bateri kecil dan sehingga 150 km untuk bateri lebih besar. Jarak gabungan petrol-elektrik pula dikatakan mampu mencecah sehingga  1,420 km, d

Selain itu, Starship 7 menyokong pengecasan pantas DC pada 36 kW, membolehkan pengecasan 30-80% disiapkan dalam kira-kira 20 minit. Pada masa sama, baterinya juga boleh digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik kecil menerusi fungsi Vehicle-to-Load (V2L).


Apa pula pendapat anda? Mampukah versi PHEV e.MAS 7 mencapai populariti yang sama? Tinggalkan pandangan anda dalam ruangan komen…

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-11-2025
Global

07-11-2024
EV

10-09-2026
Pandu Uji

02-03-2026
Berita Auto

26-01-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Kereta Baru

11-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.