- Berita
- Kereta Baru
- Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Menjelang pelancaran rasminya, PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.
Bagaimanapun, Proton masih belum mendedahkan harganya namun model ini dikatakan akan dijual pada harga sekitar RM40,000 hingga RM50,000.
Proton Saga generasi keempat (Saga MC3) ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Ia hadir dalam lima pilihan warna: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White.

Pelanggan yang membuat tempahan bagi Saga Serba Baharu dari 10 November 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi, dan melengkapkan pendaftaran kenderaan sebelum 31 Disember 2025, akan menjadi antara 20,000 pembeli terawal yang layak menikmati tawaran eksklusif tempahan awal iaitu servis percuma 1 Tahun atau 20,000 KM, yang mana terdahulu (termasuk upah dan alat ganti servis).
Selain itu, para akan menerima kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Saga Serba Baharu.
Proton Saga MC3 dibina berasaskan platform AMA dan menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder 'i-GT' yang dihasilkan Proton. Walaupun ini merupakan blok enjin yang sama dengan yang digunakan pada X50, versi pada model Saga ini adalah lebih ringkas, iaitu tanpa pengecas turbo dan tanpa sistem suntikan terus.

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 120 PS (88 kW) dan tork 150 Nm. Dengan pengubahsuaian dan rantaian pemasaan (timing chain) baharu, Proton mendakwa tahap penggunaan bahan api secara puratanya adalah antara 4.9 hingga 5.1 liter/100 km.
Difahamkan, ia hadir dengan dua jenis transmisi dimana varian Premium disumbat dengan kotak gear CVT, manakala dua varian lebih rendah pula iaitu Executive dan Standard, dipasang dengan kotak gear automatik konvensional empat kelajuan 4AT.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu projektor LED penuh (varian Premium). Di bahagian belakang, varian Premium mendapat lampu belakang LED penuh dengan bar cahaya yang halus dan panjang, menyerlahkan gaya moden dan perbezaan ketara berbanding versi terdahulu.
Bagaimanapun, rekaan lampu belakang yang menawan ini tidak ditawarkan pada varian Standard dan Executive yang diberikan lampu belakang yang digelapkan (smoked).


Rim 15 inci juga tampil dengan gaya yang lebih sederhana pada dua varian rendah yang hanya diberikan satu warna, berbeza dengan varian Premium yang menerima kemasan dua tona yang lebih menyerlah.


Ciri yang paling dinanti-nantikan ramai, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah tanpa wayar juga disediakan. Ciri ini adalah tarikan utama pada skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 9 inci yang terdapat pada varian Executive dan Premium.


Aura futuristik terserlah daripada penggunaan panel yang lebar menggabungkan kedua-dua skrin infotainmen dan juga skrin instrumen digital 7 inci yang interaktif. Ciri moden lain yang disediakan adalah seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan port pengecasan USB.
Di ruang kabin, sentuhan klasik dapat dilihat melalui penggunaan corak tenunan songket pada papan pemuka dan panel pintu selain corong pendingin hawa yang diinspirasikan daripada congkak.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web: https://www.proton.com/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9466
SELANGOR
BSR5731
JOHOR
JA2159J
PULAU PINANG
PSD7430
PERAK
APJ7985
PAHANG
CFH1518
KEDAH
KGH602
NEGERI SEMBILAN
NEK9063
KOTA KINABALU
SJT670
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
Berita Terkini
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
