ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang pelancaran rasminya, PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

Bagaimanapun, Proton masih belum mendedahkan harganya namun model ini dikatakan akan dijual  pada harga sekitar RM40,000 hingga RM50,000. 

Proton Saga generasi keempat (Saga MC3) ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Ia hadir dalam lima pilihan warna: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White.

image.png

Pelanggan yang membuat tempahan bagi Saga Serba Baharu dari 10 November 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi, dan melengkapkan pendaftaran kenderaan sebelum 31 Disember 2025, akan menjadi antara 20,000 pembeli terawal yang layak menikmati tawaran eksklusif tempahan awal iaitu servis percuma  1 Tahun atau 20,000 KM, yang mana terdahulu (termasuk upah dan alat ganti servis).

Selain itu, para akan menerima kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Saga Serba Baharu.

Proton Saga MC3 dibina berasaskan platform AMA dan menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder 'i-GT' yang dihasilkan Proton. Walaupun ini merupakan blok enjin yang sama dengan yang digunakan pada X50, versi pada model Saga ini adalah lebih ringkas, iaitu tanpa pengecas turbo dan tanpa sistem suntikan terus. 

image.png

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat  120 PS (88 kW) dan tork 150 Nm. Dengan pengubahsuaian dan rantaian pemasaan (timing chain) baharu, Proton mendakwa tahap penggunaan bahan api secara puratanya adalah antara 4.9 hingga 5.1 liter/100 km.

Difahamkan, ia hadir dengan dua jenis transmisi dimana varian Premium disumbat dengan kotak gear CVT, manakala dua varian lebih rendah pula iaitu Executive dan Standard, dipasang dengan kotak gear automatik konvensional empat kelajuan 4AT.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu projektor LED penuh (varian Premium). Di bahagian belakang, varian Premium mendapat lampu belakang LED penuh dengan bar cahaya yang halus dan panjang, menyerlahkan gaya moden dan perbezaan ketara berbanding versi terdahulu.

Bagaimanapun, rekaan lampu belakang yang menawan ini tidak ditawarkan pada varian Standard dan Executive yang diberikan lampu belakang yang digelapkan (smoked).

image.pngimage.png

Rim 15 inci juga tampil dengan gaya yang lebih sederhana pada dua varian rendah yang hanya diberikan satu warna, berbeza dengan varian Premium yang menerima kemasan dua tona yang lebih menyerlah. 

image.pngimage.png

Ciri yang paling dinanti-nantikan ramai, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah tanpa wayar juga disediakan. Ciri ini adalah tarikan utama pada skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 9 inci yang terdapat pada varian Executive dan Premium.

image.pngimage.png

Aura futuristik terserlah daripada penggunaan panel yang lebar menggabungkan kedua-dua skrin infotainmen dan juga skrin instrumen digital 7 inci yang interaktif. Ciri moden lain yang disediakan adalah seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan port pengecasan USB.

Di ruang kabin, sentuhan klasik dapat dilihat melalui penggunaan corak tenunan songket pada papan pemuka dan panel pintu selain corong pendingin hawa yang diinspirasikan daripada congkak. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web: https://www.proton.com/.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4451

SELANGOR

BSR6550

JOHOR

JA4193J

PULAU PINANG

PSD8530

PERAK

APJ9073

PAHANG

CFH1849

KEDAH

KGH1351

NEGERI SEMBILAN

NEK9496

KOTA KINABALU

SJT1297

KUCHING

QAB2144P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.