Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini
Selepas beberapa imej rekaan tidak rasmi didedahkan, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan. Jentera pikap yang menjadi kegilaan ramai ini akan membuat kemunculan globalnya pada 10 November 2025.
Justeru, Toyota telah mengeluarkan video teaser pertama model serba baharu ini, memberikan kita gambaran awal mengenai rekaan yang lebih agresif daripada biasa.
Inspirasi Rekaan


Menerusi video pendek yang dikeluarkan, rekaan Hilux baharu ini jelas menggunakan elemen visual yang dilihat pada model-model Toyota moden yang lain terutamanya daripada rekaan lampu depan LED yang tajam, lengkap dengan lampu nyalaan siang hari (DRL) berbentuk 'C'. Elemen rekaan berbentuk 'C' ini diteruskan ke bahagian belakang, di mana Hilux menerima lampu belakang LED menegak yang halus.



Hilux baharu ini turut mempamerkan reka bentuk gril hadapan baharu yang lebih ‘tegap’ dengan perkataan 'TOYOTA' terpampang di bahagian tengah, bukan lagi menggunakan logo. Sentuhan ini kelihatan serupa dengan ‘sepupunya’ yang ditawarkan di Amerika Utara, Toyota Tacoma.


Walaupun dipasarkan sebagai model generasi serba baharu, beberapa khabar angin dan gambar intipan menunjukkan bahawa Hilux baharu masih akan mengekalkan panel pintu dan bumbung yang sama seperti model semasa. Ini menguatkan spekulasi bahawa ia akan terus menggunakan platform casis ladder-frame yang diperbaharui dan bukannya platform TNGA-F yang digunakan oleh Toyota Land Cruiser 250 atau Tacoma.


Dari segi mekanikal, kita boleh menjangkakan jentera ini akan terus menggunakan enjin 2.8 liter turbodiesel sedia ada yang telah dinaik taraf untuk mematuhi piawaian emisi yang lebih ketat seperti Euro 5 dan Euro 6.
Model ini juga dijangka akan ditawarkan dalam versi hibrid ringkas (MHEV) di pasaran terpilih, sama seperti di pasaran Australia dan Eropah.
Bagaimanapun, buat masa ini masih belum jelas sama ada pilihan enjin turbodiesel 2.4 liter dan petroll 2.7 liter akan kekal ditawarkan.
Namun, ada kemungkinan besar model generasi terbaru ini akan ditawarkan dalam versi elektrik penuh (BEV) ekoran desas-desus bahawa model konsep Hilux Revo BEV mungkin akan memasuki peringkat pengeluaran.
Nantikan perkembangan mengenai model ini yang akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Yaris Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand, Tampil Lebih Agresif!
Toyota Motor Thailand (TMT) baru sahaja melancarkan Toyota Yaris berwajah baharu dalam gaya yang lebih agresif.
11-03-2023
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV
Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.
11-11-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4
Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.
05-08-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
