Banjir Di Hatyai: Lebih 1,000 Kereta Rakyat Malaysia Terkandas Di Hatyai

Lebih 1,000 kenderaan milik rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di Hatyai, Thailand, akibat banjir besar melanda kawasan itu sejak 22 November lalu.
Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani, Leong Beng Tat, berkata dianggarkan 1,200 hingga 1,500 kenderaan berkenaan terperangkap dalam banjir, termasuk tenggelam di kawasan parkir bawah tanah milik hotel.
Difahamkan, kerja-kerja menunda kenderaan terbabit bagaimanapun berdepan kesukaran kerana lori atau trak penunda dari Malaysia tidak dibenarkan masuk ke kawasan terjejas.

"Lori Malaysia memang tidak boleh masuk ke situ. Justeru, kenderaan terbabit perlu ditarik menggunakan trak penunda Thailand hingga ke sempadan, kemudian baru tukar kepada lori kita," katanya.
Beng Tat turut menjelaskan, situasi itu menyebabkan ada pemilik terpaksa menguruskan sendiri hal menunda kenderaan mereka di Thailand kerana tidak semua polisi insurans menyediakan perlindungan untuk kejadian di luar negara.
Malah, katanya, ramai pemilik terpaksa reda meninggalkan kenderaan mereka kerana mengalami kerosakan teruk atau tidak dapat diselamatkan.
Beng Tat berkata, sebanyak 23 pasukan penyelamat sukarela Malaysia telah membantu operasi menyelamatkan rakyat Malaysia di Hatyai.
"Ramai mengucapkan terima kasih. Semua yang kami selamatkan kemudian memberitahu bahawa mereka sudah selamat sampai ke rumah," katanya sambil memaklumkan banjir di Hatyai lambat surut berikutan kedudukan kawasan itu rendah.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Percutian Di Hatyai Berakhir, Rakyat Malaysia Mula Pulang Ke Tanah Air
Rakyat Malaysia mula pulang dari Hatyai, Thailand sejak semalam.
24-11-2025
Bercuti Di Hatyai: 4,000 Rakyat Malaysia Sangkut Di Hatyai Angkara Banjir Teruk
Seramai 4,000 rakyat Malaysia dikatakan terperangkap di Hatyai, Thailand setakat tengah hari tadi.
22-11-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat