- Berita
- Berita Auto
- Berita Baik, Bank Bakal Tawar Diskaun Ihsan Untuk Penyelesaian Awal Pinjaman Kereta
Berita Baik, Bank Bakal Tawar Diskaun Ihsan Untuk Penyelesaian Awal Pinjaman Kereta

Ada berita baik untuk pembeli kereta di Malaysia memandangkan bank akan menawarkan diskaun ihsan (goodwill discounts) kepada pelanggan yang membuat penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada susulan kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Sewa Beli oleh Dewan Negara semalam.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata inisiatif itu bertujuan menyokong pelanggan yang terjejas menjelang pelaksanaan Akta (Pindaan) Sewa Beli (HPAA).
Menurut persatuan berkenaan, diskaun ihsan itu akan ditawarkan bagi penyelesaian awal semua kontrak sewa beli kadar tetap sedia ada, termasuk yang menggunakan kaedah Peraturan 78.
Mereka menjelaskan bahawa di bawah HPAA, kadar rata dan kaedah Peraturan 78 akan dimansuhkan bagi pelanggan baharu, sekali gus menandakan perubahan ketara dalam kaedah pengiraan pembiayaan sewa beli.

Bagi memastikan keadilan kepada pelanggan yang sudah menandatangani perjanjian sebelum HPAA berkuat kuasa atau dalam tempoh penangguhan yang dibenarkan, industri perbankan akan menyediakan diskaun tanggung rugi bagi penyelesaian awal perjanjian berkenaan.
Persatuan perbankan itu menambah, langkah bersepadu ini mencerminkan komitmen industri dalam memastikan pelanggan berasa disokong dan dihargai sepanjang tempoh peralihan tersebut. Inisiatif itu juga bertujuan memberikan layanan setara kepada pelanggan sedia ada dengan apa yang bakal dinikmati pelanggan baharu di bawah kerangka pembiayaan yang disemak semula.

Program diskaun ihsan itu akan bermula sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa, yang dijangka pada suku pertama 2026. Industri perbankan akan memaklumkan perkembangan berkaitan kepada orang ramai apabila tarikh kuat kuasa dimuktamadkan.
Persatuan berkenaan turut memuji Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Bank Negara Malaysia (BNM) atas usaha memacu pembaharuan untuk meningkatkan keadilan dan ketelusan dalam pembiayaan sewa beli. Mereka menyifatkan kepimpinan dan kerjasama kedua-dua pihak sebagai pemangkin kepada pembentukan kerangka baharu yang lebih saksama demi manfaat pengguna dan kestabilan sistem kewangan.
Persatuan itu menjelaskan bahawa pelanggan yang terus membuat pembayaran mengikut jadual sehingga tamat tempoh tidak akan terjejas oleh kaedah Peraturan 78. Pelanggan hanya perlu meneruskan bayaran seperti dipersetujui dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan tambahan.
Sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa, pelanggan disaran melayari laman web rasmi bank, hadir ke cawangan atau menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan serta prosedur permohonan diskaun ihsan, selain mengikuti pengumuman daripada persatuan industri. - Bernama
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2532
SELANGOR
BSQ3649
JOHOR
JYX3070
PULAU PINANG
PSC5048
PERAK
APH6791
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2175
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8437N
Terakhir Kemas Kini 28 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KECOH! Tiada Lagi Full Loan Untuk Beli Kereta
Apapun, kita tunggu pengumuman kerajaan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2024
Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?
Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.
07-11-2022
Kadar Faedah Naik: Bank Lebih Berhati-hati Luluskan Pinjaman Kereta
Pihak bank akan lebih berhati-hati dalam memberikan kelulusan pinjaman.
19-07-2022
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat