Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini. Model ini yang dijual pada harga 147,900 yuan (RM85,861), sudah pun dilancarkan di China.
Difahamkan, varian spesifikasi tertinggi ini hadir dengan sedikit peningkatan kuasa berbanding varian lebih rendah, selain menerima beberapa perubahan reka bentuk kecil .


Bagaimanapun, sebahagian reka bentuk luaran model ini kekal sama seperti varian 2.0T lain bagi Arrizo 8 Pro, termasuk gril hadapan heksagon dengan kemasan sarang lebah hitam yang Chery gelar sebagai “Star Ring Obsidian Grille,” kemasan bampar bawah beraksen krom, serta lampu belakang LED penuh lebar yang tajam dengan empat ekzos.
Antara yang baharu ialah, ia kini hadir dengan lencana 400T di bahagian belakang yang menandakan peningkatan kuasa tersebut, serta rim aloi dua tona 18-inci multi-jejari yang dipadankan dengan angkup brek berwarna merah dan tayar Continental UltraContact UC6.

Dari segi dimensi, Arrizo 8 Pro 400T Luxury kekal sama seperti varian spesifikasi lebih rendah, iaitu berukuran 4,812 mm panjang, 1,843 mm lebar dan 1,469 mm tinggi, dengan jarak roda 2,790 mm.
Walaupun angka ini meletakkannya dalam kategori sedan segmen-D bersaiz sederhana, model sporty ini masih diposisikan sebagai sedan segmen-C di pasaran domestik China.
Ia adalah salah satu pesaing rapat kepada model seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.
Menjengah bahagian kabinnya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury turut mengekalkan susun atur kabin yang sama seperti varian 2.0T, namun ia menerima warna hitam-merah yang lebih sporty.

Seperti biasa, model ini juga hadir dengan skrin infotainmen besar 15.6 inci yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155, kluster meter digital 10.25 inci, stereng tiga jejari, pemilih gear elektronik, lampu ambien, bumbung suria panorama, dan banyak lagi.
Mengenai trenkuasanya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter Kunpeng turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 257 hp (192 kW) dan 400 Nm, berbanding 251 hp (187 kW) dan 390 Nm sebelum ini.
Enjin 2.0 liter TGDI tersebut masih dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD), walaupun Chery masih belum menyatakan sebarang angka prestasi baharu hasil peningkatan kuasa ini.

Walaupun naik taraf ini menjadikan Arrizo 8 Pro 400T Luxury sebagai varian paling berkuasa namun ia masih belum cukup untuk menjadikannya versi paling berkuasa secara keseluruhannya kerana gelaran tersebut masih milik kembarnya, Chery Fulwin A8.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas
Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.
02-01-2026
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
