Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Nampaknya, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan disebabkan peningkatan kenderaan, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas.
Berdasarkan kemas kini info aliran trafik di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 2.50 petang ini, trafik mula perlahan di Kilometer (KM) 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membabitkan kedua-dua arah dekat Gua Tempurung, Perak.
Lebuhraya PLUS ke Selatan turut menunjukkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa kawasan termasuk di Port Dickson, Ayer Hitam dan Simpang Renggam.
Di KM35.3 Lebuhraya KL-Karak, trafik bergerak perlahan dari arah Gombak menghala Genting Sempah.
Sementara itu, kenderaan dilihat semakin bertambah di Plaza Tol Gombak untuk pengguna jalan raya menuju ke pantai timur.
Bagaimanapun, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 setakat ini masih lancar.
Jumlah kenderaan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara dijangka terus meningkat pada sebelah petang dan malam ini.
LLM dalam kenyataan media sebelum ini menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama seawal Jumaat, 19 Disember 2025 bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Dikhabarkan, dijangka trafik tertinggi sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari puncak sempena Hari Krismas ini.
Sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS. Manakala, masing-masing 186 ribu, 69.2 ribu, 33.2 ribu dan 144.6 ribu kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya KL Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan
Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!
17-03-2026
Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini
Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.
12-03-2026
Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres
Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda
10-03-2026
Lebuh Raya PLUS Lumpuh: Banjir Kilat di Nilai, Ramai Buka Puasa Dalam Kereta
Hujan lebat luar biasa yang melanda petang tadi telah menyebabkan banjir kilat di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Sebelah Nilai, sehingga melumpuhkan lalu lintas di kedua-dua arah.
05-03-2026
Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane
Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan.
10-02-2026
Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.
10-01-2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat