Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Kia dilihat menyiarkan gambar teaser di media sosial yang menampilkan sebuah sedan fastback sports, baru-baru ini.
Penyiaran gambar itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
Berdasarkan imej teaser itu, kita dapat melihat bahawa kereta ini mempunyai reka bentuk yang cukup radikal, seolah-olah kereta supercar yang menampilkan overhang pendek dan jarak roda yang panjang.

Dari situ, kita dapat membayangkan ia mungkin tidak menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman.
Malah, model ini dilihat didatangkan dengan empat pintu, cermin hadapan pula agak condong jauh sehingga ke belaka sekali gus memberikan rupa bumbung kaca yang agak futuristik.
Menjengah bahagian belakangnya pula, ia menampilkan beberapa elemen reka bentuk yang sudah dikenali daripada model Kia terkini, dengan ciri paling menonjol ialah lampu belakang LED berbentuk-L.

Walaupun tiada imej dalaman dikongsi oleh Kia setakat ini, namun teknik Photoshop” mendedahkan bahawa kereta konsep ini menggunakan stereng gaya-yoke, menandakan kemungkinan penggunaan sistem steer-by-wire.
Malangnya, tiada nama tertentu atau tarikh pelancaran diumumkan bersama imej teaser tersebut.
Melihat kepada gaya kereta yang seakan EV ini, ia mungkin merupakan sebuah kereta sedan EV baharu Kia yang bakal hadir, berkemungkinan berada di antara crossover EV6 dan SUV flagship EV9.
Apapun, model teaser ini nyata seakan-akan kereta sports sedan Stinger, yang telah dihentikan sejak 2023.
Bagi yang tidak tahu, Stinger diperkenalkan buat pertama kali pada 2017, dimana ia menandakan peralihan besar bagi Kia sebagai jenama daripada pengeluar kereta ekonomi kepada sebuah firma automotif yang agak berani dalam mencuba kereta berprestasi.
Tahniah Kia!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri
Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.
25-06-2024
Berita Terkini
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD
Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.
27-11-2026
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k
Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.
25-11-2026
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747
SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.
25-11-2026
Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas
Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.
24-11-2026
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan
Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.
23-11-2026
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

