ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk laluan KL Sentral - JB Sentral- KL Sentral, bermula Jumaat ini.

image.pngimage.png

KTMB berkata, tawaran diskaun itu membabitkan perjalanan bermula Jumaat ini hingga 11 Januari depan bagi sektor KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral.

Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin, berkata penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi JBBEST ketika pembelian tiket.

Beliau berkata, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

"Pelaksanaannya tepat pada masanya menjelang musim cuti sekolah dan penghujung tahun, ketika rakyat Malaysia mengambil peluang bercuti ke Johor, manakala rakyat Johor pula menikmati perjalanan mudah ke destinasi luar negeri melalui sambungan tren ETS," katanya.

"Kemudahan ini sekali gus meningkatkan pergerakan domestik dan merancakkan aktiviti pelancongan serta perniagaan di kedua-dua arah," katanya.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios KTMB bagi kemudahan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

image.png

KTMB turut memaklumkan pengoperasian berkenaan menandakan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB), membabitkan pembinaan jajaran sepanjang 192 kilometer serta 11 stesen, sudah disiapkan mengikut jadual.

Bagaimanapun, perkhidmatan ETS akan diaktifkan secara berfasa untuk laluan sektor utara selaras dengan proses pentauliahan set ETS.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

22-01-2023
Berita Auto

25-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.