Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China yang disokong oleh Stellantis, Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
Untuk itu, Leapmotor menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 1 juta, pada tahun hadapan.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leapmotor,, Zhu Jiangming, keyakinan Leapmotor disokong oleh portfolio produknya yang semakin berkembang.
Antara model yang terlaris adalah model C11, C10 dan C16. Ketiga-tiga model ini mengekalkan prestasi jualan yang kukuh sepanjang tahun 2025 sehingga berjaya mengatasi jualan tahun 2024.

Turut menyumbang kepada volum jualan yang stabil ialah EV T03 serta gelombang baharu “model siri B” yang merangkumi B01 dan B10. Model B10 baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan disebut-sebut secara meluas untuk pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah, pada tahun depan.

Selain itu, Zhu turut menyatakan bahawa Leapmotor Lafa 5 terbaharu — dikenali sebagai B05 di pasaran luar negara — telah mencatat kadar penukaran tertinggi setakat ini daripada pra-tempahan kepada jualan yang disahkan. Prestasi kukuh lain termasuk model D19, yang merekodkan tempahan domestik yang tinggi di China.
Bagaimanapun, beliau mengakui kejayaan jenama Leapmotor dicapai walaupun berdepan tahun yang mencabar, termasuk kelemahan permintaan pada bulan November dan Disember, disebabkan cuaca yang lebih sejuk serta penamatan program subsidi kerajaan China selama lima tahun, yang mengakibatkan harga kenderaan meningkat kira-kira 10,000 yuan.

Begitupun, Zhu menegaskan bahawa model sedia ada seperti T03 serta tawaran siri B dan C akan terus menjana pertumbuhan tambahan dalam jualan sepanjang tahun 2026 manakala produk baharu diunjurkan menyumbang antara 300,000 hingga 400,000 unit.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge