ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

Berdasarkan laman web rasminya, SUV mewah tiga barisan tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian berkuasa V6, dengan harga bermula daripada RM780,000 untuk GX 550 Overtrail dan RM830,000 untuk GX 550 Luxury+.

Bagaimanapun, harga yang dinyatakan itu tidak termasuk insurans, selain didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had.

image.pngimage.png

Difahamkan, pembeli di Malaysia tidak menerima varian enjin  hibrid turbo 2.4 liter, memandangkan GX spesifikasi tempatan ini  dikuasakan oleh enjin petrol V6 twin-turbo 3.5 liter yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 349 hp dan 650 Nm. 

Dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) , GX 550 dikatakan mampu  memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa tujuh saat walaupun kelajuan maksimumnya dihadkan kepada  175 km/j.

image.png

Sama seperti kembar Toyotanya, GX 550 baharu ini menggunakan platform GA-F Toyota. Ia  menampilkan dwi-wishbone di hadapan dan multi-link di belakang. Selain itu,  SUV ini juga mengguna pakai sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) baharu.

image.pngimage.png

Jika anda memilih varian Overtrail, anda akan mendapat komponen mekanikal tambahan seperti kunci diferensial belakang, Sistem Suspensi Dinamik Elektronik-Kinetik (E-KDSS), serta sistem Multi-Terrain Select (MTS), dengan pilihan mod pemanduan Dirt, Sand, Mud, Rocks dan Auto, dan qjelajah off-road Crawl Control.

Bagi varian Luxury+, ia tidak mempunyai ciri off-road tersebut dan menggantikannya dengan diferensial gelincir terhad Torsen yang lebih konvensional, pemilih mod pemanduan, dan peredam adaptif.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, GX generasi ketiga ini mengekalkan bentuk SUV berkotak seperti Toyota Land Cruiser Prado 250 baharu dengan sentuhan identiti Lexus. Ia hadir dengan gril hadapan spindle signatur Lexus, unit lampu LED yang tajam dengan DRL berbentuk L dan banyak lagi.

Varian Overtrail turut menerima elemen rekaan berinspirasikan off-road seperti bampar yang lebih agresif dengan plat skid logam, rel bumbung, rim aloi aluminium 18 inci bersama tayar semua medan. Luxury+ pula menggantikan tayar off-road itu dengan rim lebih besar bersaiz 22 inci.

GX 550 Luxury+ ditawarkan dengan sehingga enam pilihan warna luaran, manakala Overtrail menawarkan empat pilihan, termasuk warna istimewa Moon Desert.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, GX menerima kabin yang jauh lebih premium berbanding Prado, kerana ia menampilkan konsep kabin Tazuna Lexus yang dihiasi kemasan veneer kayu Tsuyasumi tiruan. 

Ia juga didatangkan dengan kluster meter digital 12.3 inci, sistem infotainmen tengah 14 inci tanpa kawalan fizikal ‘Remote Touch’, sistem penyaman udara dua zon dengan Lexus Climate Concierge, serta sistem bunyi Pioneer untuk Overtrail atau sistem audio Mark Levinson Premium 23 pembesar suara yang lebih mewah untuk Luxury+.

image.pngimage.png

Mengenai tempat duduknya, Overtrail menerima tempat duduk hadapan berkuasa, ada fungsi pemanasan dengan memori sisi pemandu, dibalut upholsteri kulit tiruan. Seperti biasa, Luxury+ meningkatkan tahap kemewahan dengan sokongan lumbar dan pelarasan perehat kepala empat arah untuk kedua-dua tempat duduk hadapan sambil mengekalkan konfigurasi tiga baris dengan tujuh tempat duduk.

image.pngimage.png

Dari segi keselamatan, GX baharu hadir dengan tujuh beg udara,  sistem ADAS Lexus Safety System+ yang merangkumi fungsi seperti brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi berhenti,  pemantauan titik buta (BSM), dan sebenarnya banyak lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

28-11-2025
Global

09-06-2023
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.